Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, July 17

Memasak bersama Chef Arm

I mengikuti kelas memasak anjuran Socma. Kilang yang buat product Mentos, Santan Harmuni etc. Kelas dijalankan di Lazat Malaysian Home Cooking di Seksyen 17, Petaling Jaya. Dekat sangat ngan rumah Ayu tapi Ayu telah tersesat. He he. Okay lah accepted sebab i guna gps nak gi sana....hee hee. Kalau tak?? maunyer sesat jugak. Jalan kat PJ banyak seksyennyer....

Pintu pagar Lazat

Ni la rumah yang dijadikan tempat kelas belajar memasak  

My daughter pose dulu sebelum meninggalkan ummi di sini

Dania dan ayahnyer pose jap. Ayah kata nak duduk sini je. Hehe...tak nak tinggal ummi sengsorang la tu. Dania pulak nak ajak ayah pergi tempat lain. 

Setiap satu station tu ada 2 tempat memasak
Ni la partner depan i, Pn. Ayu yang sangat Ayu dengan senyumannyer itu. Pheewittt....senang je agak2 terlupa masuk apa, tanya je orang depan.....

Yang ni sape eh??? La tuan punyer blog la. Hee hee...Ayu yang tolong ambikkan gambar.....

Me & Ayu Rafikah tengah merebus jantung pisang untuk dijadikan kerabu

Chef Arm in da house yo yo yo....

Lagi gambar Ayu

Me, Chef Arm dan Ayu 

Me & Ayu lagi

Ada 2 resepi diajar oleh Chef Arm iaitu :- 

1. Gulai udang dengan petai
2. Kerabu jantung pisang

**************************
Resepi gulai udang dengan petai (boleh juga ditukar dengan makanan laut lain seperti ketam, lala dll)

Bahan - Bahan

- Udang besar
- Petai
- Cili api ikut tekak masing masing
- Santan Harmuni 1 kotak kecik. Kalau santan beli kat kedai runcit tu 1/2 biji kelapa.
- Cili Merah 1
- Cili Hijau 1
- 1 potong Nenas
- Buah keras 2 biji

Cara Memasak

1. Blend cili api, nenas, buah keras, cili hijau dan cili merah. 
2. Bahan blend tadi dimasukkan ke dalam kuali tanpa menggunakan minyak yer...
3. Setelah mendidih tambah santan kelapa. 
4. Seterusnyer udang dan petai. 
5. Garam dan gula secukup rasa. 
6. Setelah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

**************************
Resepi  kerabu jantung pisang

Bahan Bahan

- Jantung pisang dicelur sampai lembut dan dipotong sederhana
- Seekor ikan kembung direbus dan diasingkan isinyer
- Serbuk lada hitam
- Sedikit santan (kalau suka sebab i tak masukkan santan pun)
- 1 Bunga kantan dihiris halus
- 1 Bawang besar dihiris halus juga
- Garam secukup rasa.
- Beberapa tangkai daun kesum dihiris halus

Cara memasak

1. Jantung pisang, isi ikan kembung, lada hitam, sedikit santan, bunga kantan, bawang besar, garam dan daun kesum digaul di dalam mangkuk. Gaulkan sampai sebati. 
2. Sedia untuk dihidangkan.
** bagi yang tidak menggemari santan macam i, tak payah la masukkan santan. Rasanyer pun sedap juga bagi i....




4 comments:

  1. hahaha....malu tgk muka I yang berminyak itu..hehehe...ezz mana gambar masakan u?...gambar model jer lebih ni hahaha..thanks for the tupperware ya...tak sabar nak pergi belajar kek lak..hehehe

    ReplyDelete
  2. Ayu, nak highlightnyer model2 ni ler.....ha ha ha. X sabar gak ngan masak bersama Elektrolux hu hu hu :-)

    ReplyDelete
  3. Suzz : nanti kita gi class sama2 skali ngan ayu :-)

    ReplyDelete