Ahad, Jun 6

Tupai Tupai?? - 28 Mei 2010

Esok kan Hari Wesak...company hubby akan bawa cuti ke Hari Jumaat kalau Public Holiday jatuh hari Sabtu. Bestnyer. Ada je plan i. Plan berjalan lepas hubby solat Jumaat. Kalau sebelum Jumaat pergi mana2. Sangat tak sempat. :-) 

Kebetulan hari ni my good friend Jona buka booth kat PWTC. I ingat nak pergi la kat sana. Bila hubby tanya nak makan kat mana, automatik i kata kat KL sebab nak ajak hubby gi PWTC ada pameran youth 2010. Hubby ni sangat sporting. Selalu dia akan ikut jer. Kalau dah habis kita gi mana2 mesti tanya ada nak gi mana2 tak sebelum kami bertolak balik rumah. hee hee......Thanks Abang!!!!....Kami gunalah gps nak ke Tupai Tupai. 

 deko di Tupai Tupai

 Meja nasi campur yang lengang. Today ala carte je ada....

Nak makan tepi air terjun dan suasana alam semulajadi kat sini eh....

Atas : Tupai tengah tidur kat atas tu....shh shh shh.....(memang kena lah dengan nama restoran Tupai Tupai ni)
Bawah : Iguana besar....erkkkkk takut....

Mee kari Tupai Tupai

Yee Mee Tupai Tupai

Kemudian kami ke PWTC.....uihhh kena bayar ke nak masuk?....panjang tu kena beratur. Pulak tu kena isi borang. Bayaran RM5 seorang. Dania free je. Tapi nasib kaunter tu kata kalau ada kad Maybank free....ha ha ha ye tunjuk la kad ATM Maybank......

Nak pergi ke pameran tu punyerlah jauh. Kena seberang sungai sana nun...uihhhhh penat eh 'Youth' sorang ni. Hihihi....Cari punyer cari punyer cari jumpalah booth my friend....:-). Dah jumpa Jona, terus kami balik rumah....Malam tu punyerlah penat....kami makan roti jer kat Pelita Puchong ni. Uihhh lagi besar pada yang SS2 punyer. Pelita ni kat mana2 ramai orang. Me dengan roti pisang, ayah dengan roti sardin dan Dania dengan roti telur bawang. Dania good girl makan banyak. Dania suka sangat dengan bawang besar sama macam ummi jugak. :-) 

Banner Youth 2010

Dania bergambar dengan bear mascot Celcom. Berani kan??....Ummi masa kecik pun lari nampak mascot...

Eh...apa kena mengena binatang ni dengan Pameran Youth??? ni booth Rakan muda

Booth ni kami beli frozen karipap and murtabak black paper....uihhh makan terus panas badan

Ada gelanggang jugak. Main futsal ke eh.....

Booth my friend Jona dan lelaki tu adiknyer...:-) Phewitt to tokey kedai...

 Murah Murah.....i beli 2 key chain. :-) 

Makan malam kat Pelita...




4 ulasan:

  1. Suzz : Ah ah cute kan?...ada tupai lagi kat situ tapi tengah ZZZZzzz......:-)

    BalasPadam
  2. bestnya encik hubby cuti...my hubby lak kena kerja...hmmmm

    BalasPadam
  3. Ayu...hee hee...kalau hubby cuti, panjang langkahnyer....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...