Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, June 28

Satu hari yang packed dari pagi sampai malam

Minggu ni kami tak lah boleh ke mana mana ikut sukati kerana SIL, BIL dan anak2 saudara nak datang rumah. Mereka datang untuk menghantar anak saudara i ke salah sebuah Kolej di Bangi. Jadi pada pukul 9.00 malam bertolak ke Bangi untuk escort mereka ke rumah kami di Puchong. Sesat jugak la. Akhirnyer i call my friend yang tinggal di Bangi untuk bagi direction. Bila dah jumpa mereka, sempat kami singgah makan di Bandar Baru Bangi kat Ani Sup. Wah makan besar malam tu hubby belanja.

The next morning, SIL nak beli beberapa helai long sleeves shirt buat anak kesayangan. Kami escort plak ke IOI Mall. Fuhhh penat berjalan kat man section. Kemudian ke supermarket. Dah beli segala macam, kami ke Bandar Puteri pulak nak lunch kat Baser. Famous dengan nasi beriani dan nasi ayam dari Kota Tinggi Johor.

Presenting SIL (Kakak hubby) i depan sekali dengan anak sedara kanan and kiri, hubby baju belang2 yang muda tu and BIL pakai ketayap

Dania dan ayah tengah tengok they all ni main bowling

Cari mangkuk, sudu, garfu dan lain2. Wah i jadi tourist guide ler...

Dania dah penat, mintak ayah dukung.....mengada tewww

Di Baser tengah fikir nak makan apa ye??

Dania tulis kat kad ni....Dania 6, Next Here (Year) 7...alahai.....

Masa makan, orang aircond dah call kata nak datang rumah baru kami. Jadinyer kami set pukul 2.30pm tunggu dekat rumah baru. Bukan aircond je....dengan my friend Siema pun sebab nak ambik hadiah yang dier mintak tolong i ambikkan....

Tengah install aircond kat master bedroom. Dania kata bilik ayah. Bilik ummi sebelah bilik Dania...hee hee hee Dania assume ummi tidur bilik sorang macam Dania jugak...

Sambil install aircond, saudara kami duduk le berlapikkan kalendar bole??

Tengah install aircond, Pintu pagar pulak tiba. Actually patut dah siap pasang hari Jumaat tapi tetiba hari ni baru nak pasang. Jadi tak dijangka la. Sekaligus sekali dengan aircond. Bab menunggu yang buat bosan tu....My contractor datang nak tengok mereka pasang.

Ni our contractor, Mr Soon and my hubby

Nak letak pintu pagar pulak....

I rasa saat ni macam 1 Malaysia pulak sebab kami Malays, our contractor Chinese dan contractor gate Indian....
Malaysia Boleh !!!

Sebelum tu, my friend pulak Siema datang ke rumah baru i ni nak ambik hadiah dia. I tolong ambikkan hadiah Siema ni masa Palmer's tu. Jadi Siema la my 1st friend yang dah datang rumah i. Sorry Siema rumah i kosong lagi....

Pose jap ngan Siema....:-) Siema baru lepas gi ambik hadiah kat Prize Giving Ceremony untuk contest Daisy kalau tak silap 

Tak siap pasang pun pintu pagar, kami dah balik rumah Puchong sebab masing exhausted. Balik mandi, solat and rehat. Malam tu lepas Isya' kami ke Bandar Baru Bangi sebab SIL nak hantar barang kat anak saudara i. Kami sempat makan kat Rimba Klasik yang sangat klasik itu.

Rimba Klasik dari arah depan

Lampu di Rimba Klasik

2 anak saudara i. Anak saudara i belah kanan tua setahun dari i

Kerang bakar dan kailan ikan masin. Cicah ni sedap sangat.....

Ikan bawal masak 3 rasa. Semua puji sedap

Kami yang kat tempat gelap tu....ishhh tak pandai la waiter ni ambik gambar...

Dania langsung tak sedar masa kami semua makan kat sini. Penat sangat sayang ummi ni


Hostel anak saudara i. Kami tak boleh jumpa pun sebab minggu orientasi makanyer barang diserahkan kepada Pak Guard

Selepas tu kami ke Shah Alam pulak sebab nak tunjuk jalan kepada SIL i ni jalan ke rumah BIL. Mereka nak transit di sana dulu sebelum keesokkannyer balik menuju ke Kedah. Tiba Shah Alam dah pukul 1.00 pagi....

10 comments:

  1. hi dear.. nk tny sket.. wat is the price of your gate and is ur contractor come recommeded? i tgh survey2 contrators ni..

    ReplyDelete
  2. wah kekna, sedara belah Kedah dtg x masak kt umah eh? ngelat eh? hahaha nice gate nway :)

    ReplyDelete
  3. ezz...cma menang first prize dia dpt cash n hadiah rasanya...tbad 3rd prize...i ngilekk hoho...boleh buat warming house lps ni ezz... :P

    ReplyDelete
  4. bab makan2 tu yg best :)
    wah, bestnya siema menang 1st prize dpt cash tu...:)

    ReplyDelete
  5. Mama Nadra : Gate ni i tak tau berapa harga exactly sebab harga i dah inclusive of pagar keliling rumah end lot, pintu pagar besar n kecik, 8 tiang, 8 point wiring untuk letak lampu pagar, wiring untuk doorbell dan cat. Contractor cat 3 lapis untuk pagar pakai ICI Weatherbond (cat ni berkualiti). Contractor i cina nama Mr Soon 016-2852112. So far i suka deal ngan dier sebab dia cepat. Kalau kata nak jumpa, terus datang. Kerja sangat cepat. Harga boleh dirunding. I dah buat ngan dier dari rumah i kat Puchong dan rumah baru kat Bukit Jalil...:-). Contractor kena hati2 tau...Banyak kes contractor lari bila siap separuh. Mr Soon ni boleh dipercayai. I selalu mintak kurang ha ha ha :-)

    ReplyDelete
  6. Che In : Kali ni kak ena tak masak. Sebab nak pindah rumah ni. Nak simpan stok takut tak habis je.....he he he....sekali sekala maaaa....habis bila kita gi sana, depa masak....culture tak sama la che in. Bila nak order je, macam segan2 nak makan apa...they all jarang makan luar. Lainlah kekna ni haaa.....hee hee hee :-)

    ReplyDelete
  7. Ayu : tu i tya Siema apa yg dier menang...ho ho....alah Ayu...yg you menang 120 pack cheezels tu lagi best. stok setahun makan tak habis....haa haa haa....House warming insyaallah....

    ReplyDelete
  8. Suzz : Makan sangat BEST sebab order pastu *pling* depan mata terus....tak yah kupas2 bawang...ki ki ki

    ReplyDelete
  9. suke tengok orang yang dah ade orang atas tanah.. macam2 u boleh buat.. ade one of my friend.. www.kirana24.blogspot.com memang hardcore bab2 hias hias rumah ni..

    ReplyDelete
  10. Mira : wahhh hardcore?? Kena terjah blog nih....hee hee hee

    ReplyDelete