Dia ialah Mr Kitchen tebuk lubang untuk letak hob. Sebenarnyer semua orang tak berani nak tebuk lubang nak letak hob. Mr Kitchen ni je yang berani tebuk. Itu pun kalau hob depan mata. Dia tak mau setakat plan dalam risalah sahaja. Takut tersilap potong. Kan dah susah.....
Ni orang oven / hood / hob tengah buat lubang untuk mengeluarkan asap yang disedut dari hood. Beriya cerita ada minah tersalah sms kat dia. Aduiiii muka ku ini friendly ke agaknyer?
Kitchen 'togel' sebelum diisi
Kitchen selepas semua diisi
Ada pengajaran dari pemasangan dapur i ni. Sebab pemasangan dapur i ni i kena deal ngan 4 individu/syarikat berbeza seperti :-
1. Tukang paip
2. Kitchen cabinet
3. Orang oven / hood / hob
4. Tukang Wiring
Dalam kes i ni,
1. Kitchen cab dipasang tanpa terlebih dahulu paip dipasang.
Kesannyer : Orang paip akan ada masalah besar untuk menyambungkan paip. Jadinyer bila tukang paip kata susah, makanyer kos akan lebih tinggi.
Moral of the story : Pasang paip dulu, jadi apabila orang kitc cab datang ukur, paip air tu akan diambil kira.
2. Kami tak buat wiring sebelum pasang hood.
Kesannyer : Apabila orang hood dan oven nak datang pasang, mereka tak dapat datang pasang sebab wiring takde.
Moral of the story : Kalau nak pasang hood, suruh orang wiring buat wire yang diletakkan / ditanam di dalam dinding. Kemudian wire itu akan diplasterkan.
3. Orang oven / hood / hob dan Orang Kitchen adalah dua syarikat yang berlainan. Mereka pun datang pada waktu yang berlainan.
Kesannyer : Apabila ada masalah tentang ukuran oven, hood dan hob payah nak diselesaikan pada hari yang sama. 2 parties ni pun busy dengan schedule masing2. Mana mungkin akan dapat buat kerja pada masa yang kita rasa sesuai. Drag lagi masa.
Moral of the story : Kalau boleh schedulekan orang hood / hob / oven datang selepas selesai kitchen dipasang. Tapi pastikan orang kitchen tak balik lagi jadi apa2 masalah dapat diselesaikan.
4. Masalah sapa nak tebuk lubang nak letak hob. Kami buat kitchen dulu, hood, hob dan oven kami ambik kemudian. Orang kitchen tak berani nak sebarang tebuk walaupun ikut ukuran risalah hob takut tersalah potong.
Kesannyer : Kena deal lagi dengan orang kitchen nak tebuk hob. Susah kan kalau nak panggil balik orang kitchen setelah selesai pasang semua kitchen. Nasib orang kitchen kami datang balik tapi kena bayar ler RM60. Kami suruh kontraktor, mereka kata kalau dah tak ada yang nak tebuk baru mereka akan buat kerja tu.
Moral of the story : Hood, Hob dan oven kena ada depan mata jadi senang Orang kitchen nak ukur kitchen cabinet tu nanti. Kalau besar dari oven tu pulak tak cantik la kan....
cantiknya ezzz...mesti cantik umah baru u ni
BalasPadamAyu : Biasa je Ayu. Ni budget budget je ni.....:-) tapi thanks le sebab suka...hee hee...
BalasPadamfinally!!! wahhh cantik laa :) seronoj tengok orang ade rumah baru
BalasPadamMama Emir : I pun seronok tengok u gi LA :-)
BalasPadamNak tanya.. untuk gas hob tu, tong gas puan letak di mana ya? cabinet betul-betul di bawah hob tu ke?
BalasPadamTong gas letak kat cabinet di bawah hob.
PadamNak tanya, brp org tu caj utk tebuk lubang exhaust hood ye. Yg tebuk lubang hob tu, table top tu konkrit ke apa ye.
BalasPadam