Khamis, Jun 24

Karate Kid

Kami ke 1 Utama hari ni. Ada beberapa barang nak beli dalam senarai. Mula2 makan kat McD 1 Utama dulu.....i ni memang suka membeli belah kat 1 Utama.....my favourite shopping spot!!!...Lepas makan and cari barang2, i pun gatal2 ke TGV 1 Utama. Tak plan pun nak tengok movie tapi Dania ajak ummi tengok movie. I saje tanya nak guna complimentary passes yang i menang dari Red Fm. Bila tanya kat counter, dia kata boleh guna complimentary passes tu. Padahal i baca kat newspaper, movie Karate Kid ni tak boleh guna complimentary passes sehingga selepas 26 June 2010. Weiii hari ni baru 17 June 2010. I just keep my mouth shut la. Budak kat counter ticket tu macam orang baru jer.....Jadinyer akhirnyer 2 tiket jadi milik i. 

 TGV 1 Utama

Jumpa pulak my friend Sofuriah masa i sekolah kat Sek Men Perempuan Sri Aman PJ.....Hehehe sekolah glamour kat PJ ni weiii :-) aler setakat 2 minggu jangan bising le Cik Ena oiii....sebab lepas tu i dapat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima. Adeh deh nama tak glamour tu cik Kiah oiiii.....Sebenarnyer i meninggalkan Sek Men (P) Sri Aman tu dengan tiba tiba....tak mentioned pun kat sekolah. Akhirnyer Sofuriah ni yang terjumpa i kat Sekolah Agama tu sebab Sofuriah ni pindah plak ke Sekolah boarding school i ni.....What a small world kan?? (Kasi promote la nama blog i ni :-)) 

Jaden Smith (Anak Will Smith dan Jada Pinkett Smith) 
Picture credit from Mr Google

Ceritanya best i rasa tambahan ada Jackie Chan dan Jaden Smith. So cute la anak Will Smith ni. Sangat manis....tapi tak berkenan rambutnyer itu. Ada macam ala ala rambut Reshmonu tu haaaa.....Plot ceritanya banyak karate....best......uihhh budak cina yang selalu membuli Dre (nama Jaden dalam movie ni), muka  penyangak sungguh. Maknanyer dia dapat membawakan wataknyer dengan cemerlang. Watak Dre sangat bersahaja dan lucu. Masa berlawan tu fuhhhh best tengok sampai ummi Dania dalam panggung siap bersorak lagi. Tapi, biasalah kalau cerita dari US ni, akhirnyer orang dari Beijing (kira orang Asia) ni pun akur dengan kehebatan Dre (dari Amerika lar....)........walaubagaimanapun, i nak kasi 4 bintang la......Dania senyap je dalam panggung tak macam citer Transformer siap tidur ohhh......bingit2 le korang, Dania nak tidur jugak!!!!....


2 ulasan:

  1. bestnya dpt tgk movie kat theatre :)

    BalasPadam
  2. Suzz : He he he. tak plan pun!!! kebetulan i nak tya they all accept tak complimentary passes....:-) Jaden Smith macam ayah dier Will Smith....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...