Selasa, Mac 30

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Siapa yang nak jadi TV Star?......ramai kot yang angkat tangan ye?....hihihihihi....kot kot jadi macam Angelina Jolie ke....


 Tak pun macam Celine Dion ker..... 


 



Tak pun seperti Dato' Siti Nurhaliza. Dah menjadi Star, ramai pulak nak menaja masa beliau nak kahwin. Dapat gelaran Dato' pulak tuh. Itulah penangan menjadi seorang Star. Lepas tu dapat pakai designer gown rekaan Radzuan Radzuwil, Rizman Ruzaini, Saiful Bahrim, Bernard Chandran. Teruja tak?. Dari hujung rambut sampai hujung kaki ditaja semua...


Ok lah sebenarnya i ada experience jugaklah bila anak i jadi pelakon utama dalam satu iklan jenama ni. 

1. Baju, kasut, touch up muka dan rambut ada specific person in charge.

 
2. Anak i amat dijaga terutamanyer apabila anak i kata lapar, terus ada orang datang tanya nak makan apa.

 
3. Bila anak i haus pun terus ada orang tanya nak minum apa.....datang terus air sejuk2 bukan untuk anak je tapi untuk mak jugak.

 
4. Sanggup ikut mood anak. Kalau anak i letih terus ada break. 


5. Bila i pulak letih terus Director suruh staff ambik kerusi untuk duduk. Wah.....tempias sudah kena.
 
6. Paling best, baik anak atau i dipayung ke mana saje. Hihihi sekali sekali nak merasa you!!!....

Tips sebelum / semasa pergi audition. I pernah pergi Audition Roda Impian musim pengacara Kieran so i nak share my tips. 

1. Baju yang dipakai hendaklah tidak mengandungi baju yang berjalur atau berbintik halus (polka dot). Baju yang berwarna ceria adalah digalakkan kerana akan nampak menyerlah di dalam TV. 


2. Pastikan masa audition. Kita perlu hadir pada waktu yang ditetapkan. Jangan tunggu sampai akhir waktu. 

3. Pastikan anda bertenang kerana jika anda berdarah gemuruh takut tak dapat nak menghadapi audition. 

4. Tanyalah tips pada staff yang sedang menjalankan audition. Apa yang mereka harapkan untuk menjadi seorang peserta.Macam i yang dok tanya itu ini pada staff audition.....sorry ah banyak tanya.

5. Jikalau ada temuduga, bercakaplah dengan penuh keyakinan. 

6. Yang paling penting, jadilah diri anda sendiri. 




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...