Thursday, December 24

Our Family Journey To Beijing

Kisah perjalanan kami pun bermula

===================================
=============================
===========================
=======================
====================
=================
============
========
====

=



Hari ni cuti Awal Muharam jadinyer Mr. Hubby cuti. Makanyer kami anak beranak makan kat Ikan Bakar Fend, Kelana Jaya. i dah tak larat nak makan sebab kuahnyer pedas compared to the last time i came. Maklumlah i dah tak daya dah nak makan pedas. Lepas tu kami anak beranak ke IOI Mall, Puchong dekat dengan tempat kami anak beranak tinggal. Dania main Merry Go Round. Sekali naik RM2.00. Pastu gi cari video cassette untuk video cam. Lepas tu we all balik and start packing lagi apa yang tak masuk dalam beg lagi. I masak nasi goreng dan makan bersama sebelum kami ke airport. Malam lepas solat Isya' teksi yang i call datang. i panggil pukul 9.00pm. Tiba KLIA dalam pukul
10.00pm. Dah tiba terus check in. Kami dapat tempat duduk 18 D,E,F. Kami pun terus masuk satellite building. Naik Aerotrain ke bangunan tu. Ramai jugak orang Malaysia nak gi oversea. Excited sungguh + nervous sebab tak tau what to expect kat Beijing nanti. Tiba kat satellite building, kami menuju ke Pintu Boarding. Uihhh lambat lagi boleh masuk pukul 12.00am. Flight kami pukul 12.30am. Baru pukul 10.00pm lebih. Pastu singgah Delifrance. beli apa?.....air mineral je. Harga RM5. Mahal sebab air mineral kecik.....ye lah nak menghabiskan masa jek....

Sebelum flight berlepas


Dania pose ngan ayah kat Delifrance

Baru je naik flight, Pramugari bagi snack pulak. Roti ngan cheese. Habis.....entah kenapa lapar pulak kat atas flight ni. i tidur tidur ayam jek......dalam pukul 5.00am, pramugari datang serve breakfast pulak. Boleh pilih antara nasi lemak atau telur + sayur. i pilih nasi lemak, ayah pilih nasi lemak. i pilihkan untuk dania telur + sayur. Habis u......


Breakfast nasi lemak



Breakfast telur + sayur

Tiba Beijing pukul 6.30am. Fuhhhh sejuk kat luar. Nasib building ni ada heater. Pilot cakap kat luar mencecah -17 darjah celcius. Tak leh challenge ngan airport KLIA lah.....nak ambik beg kat carousel pun lambat.......risau kot orang terambik beg kami jek. Kami ambik cab ke hotel. Limo airport. Dia pon macam tak berapa tau hotel kami. Dia charge Yuan300. Melampau sungguh. Mintak2 dapat Yuan200. Convert duit malaysia dalam RM100. Tiba kat hotel, kami check in. Payah nak berbahasa inggeris. Dia tak berapa paham. Biliknyer ok la. Just nice untuk kami anak beranak.


Lobi hotel


Chandelier dekat lobi hotel


Christmas tree dekat lobi


Tempat makan


Lobi hotel dari arah tepi


Lobi hotel


Pintu bilik hotel kami room 61221


Comfy jugaklah bilik

Dania tunjuk bilik kami

Day 1


Kami pergi jalan-jalan sekitar hotel. Sekerat jalan kami balik hotel tanya mana arah ke Subway terdekat. Pehhhh...jalan kemain jauh tu. tanya orang dorang tak paham bahasa inggeris. Susah....akhirnya kami ambik cab ke Tiananmen Square. Sejukkkkk....sebab badan tak biasa ngan sejuk macam ni....dania sampai menggeletar. Padahal berapa lapis baju tuh....malam kami berjalan sekitar hotel je. Nak familiarize jalan lah konon...hihihi

Tiananmen Square

Kami pose menghadap Tiananmen Square


Sekitar Tiananmen. Kereta banyak jugak

Pedestrian lane kongsi dengan tut tut (sejenis transport ala2 tut tut), basikal dan basikal elektrik

Sekitar bandar Beijing. Luas rupanya

Day 2

Kami singgah reception counter nak tanya orang hotel tanya mana open air market. i tengok kat Travel & Living. Dia tulis Mo See Yuar. org hotel tulis chinese character dan kami ambik cab depan hotel peri ke 'pasar' yang dia cakap tu. Rupanyer shopping complex. Banyak nyer pilihan. Can you imagine 1 floor seluar je, 1 floor toys je. Mau rambang mata tapi memandangkan kami kat tempat orang dan kena save jugak duit untuk unexpected needs, kami berpada jugaklah. Dania dapat doll house dia. Harga mula2 Yuan250, turun punya turun sampai Yuan150. Bayangkan doll house dari kayu Yuan150 = RM75. Kat Malaysia harganyer mencecah ratus2. Kebetulan terserempak dengan cikgu unversiti. i tanya nak tulis chinese character Niujie Mosque. Sebab i surf internet. Dekat2 mosque ada Restoran Muslim. Kami nak try cuba naik 'tut tut' . Bukan hantar depan restoran. Kami kena jalan jauh sangat. Mahal harganyer Yuan30. Tak selesa pulak tu. Akhirnya alhamdulilah terjumpa Restoran Muslim. Ada gentleman ni translate makanan yang dijual dan Masjid terdekat kawasan tu. Kami order nasi goreng telur, nasi goreng kambing dan cendawan goreng. Pehhhh sedap sungguh nasi goreng kambing. Kambing dipotong kecik2. Cendawan goreng berempah i rasa pun sedap. Yummy!!!!. Sepanjang perjalanan, kami ternampak banyak restoran muslim dan daging halal. Dijual di tepi jalan. Kami berjalan kaki ke 'Niujie Mosque'. Cantiknya bangunan Masjid Niujie ni. Unik dengan binaan cina. Lepas ayah solat, kami bertolak balik hotel dengan cab. Kami tunjuk card hotel bahasa cina. Kalau tak pemandu teksi ni tak paham. Teksi pakai meter. Lepas tu tiba destinasi, teksi akan kuarkan resit........end of day 2


Pose depan kedai Keanu Reeves


Dekat shopping complex. Mo see yuar


Restoran Muslim


Makanan yang di 'order' nasi goreng telur, nasi goreng kambing dan cendawan goreng tepung. Serve dengan teh cina. Menyegarkan!!!! ahhhhh


Depan Restoran Muslim

Kitchen restoran muslim


Daging halal. Ada tulisan arab kat belah kanan atas

Dalam kawasan masjid 'Niujie'

Ni mungkin menara masjid


Tempat mengambil air sembahyang. Hubby kata ambil air sembahyang sejuk. Pastu orang islam Beijing ni akan mengelap dengan tuala sebab lepas tu akan pakai stokin dan baju tebal. I tak dapat merasa sebab 'red flag'


Bilal tengah 'azan'


Makam imam pertama masjid 'Niujie' menurut kata translater chinese yang pandai berbahasa indonesia yang ikut rombongan keluarga dari Malaysia nih....Seronok jumpa orang Malaysia di bumi Beijing

Day 3

Hari ni kami nak pergi naik great wall of china di Badaling. Rupanya banyak boleh panjat Great Wall ni bukan kat Badaling je ada. Ada dekat Mutianyu dan Simatai. Ni bahasa rumi. Chinese character entah apa. Seperti biasa kami akan ke reception hotel mintak they all tulis dalam Chinese character. Kami naik cab dari hotel. As usual tah mana2 teksi tu turunkan kami. Dahlah 'pow' Yuan5 dari hubby. Main tunjuk arah je. Akhirnyer kami jumpa pegawai bandaran atau polis, tak sure. Arah jalan ke bas nak bertolak ke Great Wall of China, Badaling. In order nak cross the road yang besar itu, kami kena jalan bawah tanah. Jalan punya jalan, ambik tour package tepi jalan je. They all jerit jerit Badaling....Badaling....i tunjuk chinese character tulis Badaling. Kami kena bayar Yuan195 termasuk tour bus + tiket masuk ke Great Wall untuk 2 orang. Dania free je....okay lah dari hotel yang charge Yuan320 untuk sorang tour ke Great Wall. Bila kami naik je bas, pelancong2 sume dari cina. Dorang tanya dalam bahasa cina. Haiya.....kita tak paham, dorang pun tak paham bila kita cakap bahasa inggeris. Ehmmm....perjalanan mengambil masa 1 jam. Sebelum tiba ke Great Wall, i dapat tengok snow sikit je kat kawasan pergunungan tu. Daun2 warnanya keperangan. Mungkin daun berubah warna perang pada musim sejuk. Excited i tengok snow. Tiba Great Wall nampaklah snow yang sedang mencair......jadilah dari tak nampak snow langsung...i cuma naik beberapa anak tangga jer.....gayat....i turun awal sebelum cecah menara 1. Anak tangga muat2 tapak kaki dan curam.....Lepas ayah hantar turunkan i dan Dania, ayah nak naik lagi. Dania kata nak ikut ayah. Akhirnyer i je tercongok kat bawah tengok Dania yang brave dari ummi dier dan ayah Dania mendaki anak tangga....hehehehhe...Siap lambai2 tu ayah and Dania masa tiba kat menara 1. Dania and ayah mendaki sampai ke menara 2. Dania and ayah sempat naik binatang bernama Llama. Macam unta tapi kecik sikit pada unta.

Kemudian kami dibawa ke tempat jade. ehmmm......tour guide cakap bahasa cina. Kami tersengih je la. Ada satu uncle ni berkenan kat Dania. tapi, Dania tak nak bergambar ngan uncle tu. Mana taknyer, uncle tu nak dukung Dania. Ok jugak Dania takut dengan stranger...... Tapi kebanyakkan orang cakap cina ngan ayah sebab ingat ayah orang cina. Lepas tu cina2 ni pegi makan sebelah bangunan jade ni. Kami ambik kesempatan pose kat tempat2 menarik. Cadang nak tunggu dalam bas je tapi pemamdu bas cakap haiya soh kami turun jugak..... :( teruk takder manners langsung. Apa salahnyer. Makanan tu mesti tak halal. ehm.....

Lepas tu kami berhenti lagi kat perhentian. i tanya cina ni dia kata ada makan free jadi sume orang cina ni turun la. Kami biasalah turun bas ambik gambar kat spot yang cantik....

Kali ni kami berhenti lagi....rupanyer kami ke perkampungan kebudayaan yang tidak digunakan lagi. Jadi tempat lawatan para pelancong. I cuit2 tourist guide tanya tempat apa ni?....dia kata tak tau Bahasa Inggeris....kami pun melawat jer sambil ambil gambar. Bayangkan berjalan kat negara orang asing and takder sorang pun tau berbahasa inggeris...ehmm.....kami ikut langkah kami je le tak join dorang. Join pun masa naik bas...hik hik hik....cian kitaorang.....tawwww....

Dalam bas, i sambung tidur. Tak lama kemudian turun lagi. Ishhh kat mana lak ni?. Nak tanya orang tak paham.....akhirnyer kat tempat jade lagi. Sorry to say lah...me and my family a bit bored. Kami masuk dalam bilik aircond. Sah2 ada signage No Smoking. Cina2 ni merokok jugak. Rasa suffocate sangat....dah lah tak paham apa explanation. Kitaorg ngantuk jer...Sesekali bertepuk. Untuk apa entah!!!!. Pastu kami melawat tempat jade lagi. Kejap je dalam hall kami keluar......berapa banyak jade daaaa???...
Ada pekerja jade ambik kesempatan ambik gambar dengan Dania sebab dorang kata Dania piao liang (cantik)....hihihi kembang ummi walaupun ummi they all tak puji. Ada uncle ni mengekor je kitaorang. Rimas pun ada. Dia dah standby camera kot2 dania nak pose ngan dia. Ehmmm...explain ngan i bahasa cina siap ada body language lagi. i tak paham...angguk2 jer...HAHAHAHA...tapi i puji uncle ni nak try jugak berkomunikasi ngan kami jugak walau tak paham bahasa kami...Bila nak naik bas, ada this chinese lady hadiahkan dania batu jade.....Ya allah!!! murah rezeki Dania....alhamdulilah....dia cakap tak reti cuma tunjuk2 kat Dania je. Mula2 i macam blur...tak paham kenapa dia bagi jade tu.....mungkin dia kata nakbagi hadiah kat dania la ni....Hehehhehe sendiri terjemah....

Kami tiba kat Tiananmen Square tempat di mana kami tunggu bas. Kami cuba naik subway. Yuan2 = RM1 je. Amatlah murah tak kira kemana pergi. Jauh atau dekat. I puji train yang very reliable. Tak sempat nak tunggu datang train. Kalau kita kat Malaysia tiket ikut jauh ke dekat......kami turun kat exchange station Jinguomao. Ingatkan turun kat stesyen ni sebab penjual tiket kata Guomao. Rupanyer mmg ada stesyen Guomao dan kami turun kat situ. Dari sana kami naik cab ke King Wing Hot Spring Hotel. End of day 3.

Ummi dan dania pose depan Beijing Railway Museum


Bangunan kami jumpa di tempat perhentian bas ke Great Wall

Sepanjang perjalanan ke tempat tunggu bas ke Great Wall. Ummi dah standby camera awal2.....

Depan Great Wall of China, Badaling


Great Wall....saujana mata memandang


Dania kat menara Great Wall

Brave girl Dania....


Dania & ayah atas Llama, ummi?....tukang tunggu beg kat bawah...

Dania pose kat snow yang mencair. Bentuk macam ais beku dalam peti ais jerrr


Ada lukisan macamana orang dulu angkat batu nak bina Great Wall....apa dia cakap tak dapeklah den nak nolong...xder translation pun



Pemandangan sekitar Great Wall cantik sungguh....


Tempat jade yang kami singgah dalam tour ke Great Wall

Dania pose kat salah satu pameran jade

Tempat menggali jade berhampiran kawasan pergunungan


Ambik kesempatan sebelum naik bas....cina2 tu tengah having lunch

Tempat perhentian ke 3 yang kami pergi

Kat perkampungan kebudayaan. Ada snow!! Ada snow!!


Salah satu bangunan rekabentuk cina di perkampungan ni



Bergambar ngan kereta zaman dahulukala


Sempat jugak snap gambar pokok kat luar perkampungan kebudayaan ni

Day 4

Hari ni kami pergi ke Moo See Yuar lagi (shopping complex). Kali ni kami shopping habis habisan untuk adik i yang kirim Yuan300 beli baju baby Zharif dan baju Eja and Lano. Lepas dah settle sume kami sempat pose dalam kedai Keanu Reeves. Destinasi kami seterusnyer ke Hong Bin Lou Chinese Muslim Restaurant. Kami tak jadi makan kat situ sebab kedai tak bukak lagi. Bukak pukul 5.00pm Sekarang dalam pukul 4.00pm. Kami tanya arah ke Mo se ke (Masjid) tak tau betul ke tak sebab i tya orang hotel. Jalan kemain jauh dari Restaurant tu. Tanya org, dorang tunjuk restaurant 'Moscow' kat dalam Beijing Exhibition Center yang mula2 org teksi bawak kami sebelum dia tolong telefon restaurant Hong Bin Lou. Tak jumpa2 masjid. Akhirnyer kami tanya org tempatan jalan ke Subway. Nasib dia tau jugak siap body language lagi haa.......kami ke station Beijing Zoo. Kami turun ke station Tiananment East. Jalan menyusuri jalan di Tiananmen. Kebetulan nampak signage Muslim Restaurant masa naik cab semalam yang hantar kami ke Tiananment square. Kami ke sana. Jumpa MuslimRestaurant Dong Lai Shun yang ada plak Halal. Dah habis makan kami ke station subway Tiananment East. Rupanyer very reliable kalau naik Subway boleh bawak kami ke tempat2 menarik. Turun je kat station, naik cab ke destinasi. Ehmmmm hari ke 4 baru nak terer....too late la....Kami turun ke exchange station Guomou dan naik ke Line 10 ke station Jinsong. Dari sana, kami naik cab. Yuan10 je. save a lot.

Dalam kedai Keanu Reeves


Kami jalan dari Moo See Yuar nak ke kedai electronic

Sepanjang perjalanan kami menjejak masjid kami ternampak Bangunan Beijing International Exhibition Center. Tak jumpa pon masjid :(
Muslim Restaurant- Dong Lai Shun dekat ngan Tiananment Square

Pose dulu sebelum makan kat Dong Lai Shun

Kambing goreng berempah ni yummy tau!!!, 1 cucuk Yuan10....

Dalam Restaurant


Cantik interior deco Restaurant ni,. Tak payah sentuhan Eric Leong lagi...

Day 5

Pukul 5.27am ada wake up call. Kami naik cab ke Beijing International Airport. Kena Yuan100 je compare ngan hari datang Yuan200.
Check in dan lagi sekali tempat duduk yang sama 18 D,E,F. I duduk sebelah western lady yang ikut hubby kerja kat Beijing. Asal Holland, pernah kerja kat France. Jumpa hubby kat Germany dan ikut hubby kerja kat Beijing. Tau 5 Bahasa (English, Deutch, France, German, Chinese) i dah interview dah...such a sweet person and friendly.... :) Akhirnyer jumpa dengan orang yang boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Yay!. Her name was Petra. Such a lovely name. (Translation - I met with this Western lady that seat beside me. She's an expatriate following her hubby working in Beijing. She was born in Holland an knows almost 5 different languages such as English, Deutch, French, German and still learning her chinese languages. Such a sweet person and friendly. Her name was Petra. Such a lovely name. Finally, i met with a person that can talk with me in English. Yay!!!!....)
***Dedicated to Petra....***


Beijing International Airport in the morning


Dania and ayah dengan trolley full load of our bags.....hihihi

Kat boarding room. Tengok our flight tengah load barang


On board flight MH371 with Petra. Seat cover with bright colours...such as red, blue, green and orange..


Black pepper rice for my late breakfast menu


Tea break snack, i choose coffee and sandwiches

Da da Beijing.......

6 comments:

  1. wah ezz!! bestnyer baca psl holiday u ni ;)

    ReplyDelete
  2. penatnyer update.......tak habis lagi Day 3 tu..... :)

    ReplyDelete
  3. bestnya Ez...banyak tempat menarik u pergi kat beijing..puas I baca pasal trip u ni...

    ReplyDelete
  4. Ayu....penat nak communicate ngan dorang ni....kita tanya where is the nearest subway?...depa balas chong cheng (bhase cine) Akhirnyer i keluar choo choo (teringat Mr. Bean buat masa kat Mr. Bean Holiday) Kelakar tak?....hihhiihii

    ReplyDelete
  5. owh.. i miss beijing. awk x g silk street ke. tmpt sopeng yg best. heeheheh...

    ReplyDelete
  6. Alahai tak gi lar pulak...macamana nak gi translater takder. dorang tau bhase dier jer...cakap silk street?....urmmmmm wo pu ce tau....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails