Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, October 12

Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama BOH

Sebenarnya, agak penat juga nak buat preparation untuk Rumah Terbuka Aidilfitri BOH ni. Pening kepala nak kena prepare sumer. Jap2 pegi Tesco, jap2 gi Giant nak beli barang-barang yang tak settle2. Masa TV3, call tu hari Khamis seminggu sebelum Raya. Boleh imagine tak sibuk ngan Ramadan lagi. Yang paling risau sebab masa tu pendek sangat. Next weeknyer kena buat dah Rumah Terbuka. Beberapa kali i call TV3 tanya boleh tak ubah tarikh. Takut tak dapat nak cari caterer, khemah dan macam-macam lagi dalam kepala i.......terutama ada tak orang nak datang?.......

Akhirnya, kepala i yang pening ni dapat jugaklah jumpa pakej khemah arabian dari internet. Thanks to En. Ghalib. Caterer pulak i tempah kat kakak kawan i. Lokasi?....ehmmmm tak tau lagi sebab Apt i punya hall dah ada orang booked. Ehmmm..pastu tengah pening-pening tu i call le kawan i Lily nak ajak dia datang umah terbuka i. Agaknyer sebab rezeki kot...my friend offer pulak lokasi. Kebetulan my house and hers tak jauh.....terus i terima sambil tersyahdu sket sob..sob..sob..Raya i dipenuhi dengan risau....i tak berapa enjoy la raya tahun ni.....hihihihi...risau u.

Hari Sabtu, 1 day B4 the rumah terbuka, i pergi rumah kawan i dalam pukul 2.00 pm. Tampal sana tampal sini. Pukul 7.00 pm baru balik rumah. Jadinya makan malam kat rumah my friend....

Hari yang ditunggu jeng jeng jeng.....i pergi ke rumah my friend pukul 12.00 pm. Sempat jugak singgah Giant Bandar Puteri. Hubby nak beli double sided tape dan Nugget my friend pesan. Pukul 2.00 pm lebih team TV3 datang dengan Maria Tunku Sabri dan Kieran. Patutnya Aidid Marcelo. Disebabkan Aidid demam campak, Kieran jadi substitute......

Kelam kabut jugak i. Tak puas hati jugak dengan sorang crew TV3 yang sibuk soh cepat2. Geram jugak. I plak mestilah gabra. Ada 4 Pertandingan i buat. Menghias cup cake kanak-kanak, Teka kuih raya, Melengkapkan pantun 4 kerat dan Baju paling meriah.

Lepas tu last scene, me, hubby, Maria dan Kieran kena minum BOH dan sama-sama cakap Ummph Boh dikongsi bersama.........apa-apa pun event hari ini penat tapi enjoy.....



Ada kes la pulak.....bila Maria Tunku Sabri dah balik....2-3-4 kali dia call dan sms i sebabnyer batu subang dier terjatuh kat rumah my friend. Subang yang dier pakai tu subang sponsor. Maybe dia kena bayar kot....We all cari jugak batu subang yang berwarna coklat iteww.....Tak jumpa2. Kot2 saper yang terjumpa tu bawak lari sebab tau Kak Maria punyer atau budak2 buat main jer....sebarang kemungkinan boleh berlaku......Sampai ke sudah batu subang Kak Maria tak jugak jumpa....Agaknyer sebab Kak Maria aktif sangat kt sampai batu subang pun tercampak entah ke mana.....ehmmmmm......wondering mana lah agaknyer batu subang tu ekkk???...

No comments:

Post a Comment