5 jam 51 minit di IOI City Mall

Hari jumaat Dania selalunya akan bersambung kelas jam 2.30 petang tapi hari jumaat ni kelas sampai jam 12 tengahari je. Kelas petang tak ada. Lecturer dah habis mengajar. Silibus dah selesai. Jadi, lepas ambik Dania dari fakulti, kami ke IOI City Mall la nak makan tengahari. 

Kedai yang dipilih Mokky's with Flaaah. Kedai Pizza ni. Pilih meja dalam sebab sejuk sikit tapi saya rasa dah ala ala seram sejuk ni. Macam nak demam jadi beli panadol kat MyNews. 


Boleh je tengok orang buat pizza ni. 


Taraaaaa Pizza Chicken Alfredo pilihan kami. 


Rasa dia lemak-lemak dan sedap juga tapi kena letak la emping cili ni nak bagi lagi kick. Tak habis pun. Selebihnya tapau la. Boleh la hubby merasa nanti. Letak dulu kotak pizza dalam kereta. Malas lak nak bawa kotak empat segi ni sebab kami plan nak menonton wayang. 


Disebabkan hari jumaat kenalah buang masa sikit sehingga jam 2.30 petang sebab surau kat IOI City Mall belah east ni digunakan untuk solat jumaat. Masuk Bayu Somerset....ada orang berkenan la kurung mandarin ni. Tak beli pun. Tengok je. Ater kome....kalau dah 2 kali pergi, 2 kali dok tengok baju yang sama....apa maknanya?.


Ni nak berjalan ke surau ni lepas tu eh eh Dania tegur kawan asasinya dulu. Memang gang Dania la. Biasalah ada Aunty Ezna....ni kan aktiviti wajib. Masa cuti 'study week' tu mereka ni plan nak gi healing pulak. 



Sukanya solat kat sini sebab luas dan selesa. Solat jumaatnya sampai parking kereta ya. Ada tikar kot. Lepas solat jumaat boleh nampak orang tolong gulung tikar tu jadi perempuan yang nak solat kena tunggu semuanya selesai. Roughly jam 2.30 petang dah boleh solat dah. Penghadang putih ni dibuka masa solat jumaat. 

Bag dan vanity set tu kembar ummi dan Dania. Hehe. 


Memang saje la pilih jam 3.30 petang untuk tayangan ni sebab kalau jam 2 petang nak solat macam mana pula sebab hari jumaat kan. 


Ada slide panjang dalam ni. Budak berani je boleh main. Masa ni dah pick up dah popcorn dengan air mineral. Beli online siap-siap dah. 


Ok dalam pawagam dah. Ambil gambar dulu. Suka pilih tempat hujung ni senang nak keluar. 


Review movie saya update lepas ni la. Keluar je IOI City Mall ni tertera 5 jam 51 minit. Terus la bertolak balik. 




XOXO,
Ezna

 

2 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. kiranya u dating dgn dania lah ni! niceee! cute lah set bag dan vanity set tu...haaa sweet sungguh baju yg dania berkenan tu...umminya kena lah beli hehehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. I dah tanya nak ke? Dania kata tak nak tapi kalau dah 2 kali masuk, 2 kali dok belek baju tu....I pun macam tak sampai hati tengoknya tapi maybe nak beli untuk birthday nanti. Beli siap2 tapi Dania tak tahu.

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.