Makan malam kali ni, kami ke Negeri Sembilan. Kat mana tu?
Aunty Aini's Garden Cafe. Sebenarnya dah beberapa kali juga kami ke sini.
Menu kat sini.
Hmmm...nak makan apa ya?.
Tempat duduk kat sini. Masa ni tak ramai la orangnya. Kami datang ni pun nak early dinner ni.
Sementara menu yang dipesan belum tiba, kita explore sikit kawasan sini. Nampak sangat tenang dan damai kat sini sebab banyak pokok-pokok jadi redup je.
Kalau nak privacy boleh memilih untuk duduk kat sini.
Ada kolam ikan. Ikan ada tu happy berenang dalam kolam. Tepi ni tak silap pokok willow.
Walaupun kat sini speciality makanan melayu Negeri Sembilan, tapi kami nak cuba makanan barat. Sup cendawan dengan roti ada sapuan mentega bawang putih. Roti dia macam chewy sikit.
Sago gula melaka. Kena kacau sehingga gula bahagian bawahnya sebati.
Aiskrim tapai.
Kami order 1 pizza Hawaiian Chicken. Eh....rasanya not bad la. Crust luar dia nipis. Kemain hubby puji ya.
Sesekali nak juga makan masakan yang lain dari selalu kita masak kan.
Sesiapa yang berminat nak makan kat....
Aunty Aini's Garden Cafe :
Batu 16, Kg. Chelet,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan.
Ada sesiapa yang dah pernah makan kat sini?
XOXO,
Ezna
lynn pernah makan kat sini... sedap sedap lauknya... berbaloi dengan harga
BalasPadamBaru semalam up entry makan tengahari kat sini 🤠tapi kiteorg pergi tengahari, pesan lauk-pauk Nismilan. Cantik tempatnya kan, sis Ezna?
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.