Lepas dah singgah keropok Araf 087, nak pergi toilet stop dulu. Alang-alang solat dulu kat Surau Baiduri, Kg. Geliga, Kemaman ni.
Lepas tu nak makan tengahari pula. Perut dah mula rasa lapar dan kami singgah makan kat sini.
Kami makan kat Chubit - Chubit Ikan Bakar.
Gerai makannya bukanlah menghadap pantai sangat tapi dekat la pantainya.
Order sotong celup tepung. Banyak betul sebab sotongnya besar.
Ada ulam-ulaman dan sambal, sup sayur serta telur dadar. Ini pun dah cukup menyelerakan.
Berselera la kami makan kat sini.
Lepas tu singgah Kuala Kemaman pula sebab saya nak beli keropok segera dan sata kat sini. Warung Aziz Satar. Eh...memanjang kedai ni sahaja kat Kuala Kemaman ni. Bukan setempat tapi banyak tempat.
Saya beli RM8 untuk set 10 sata ni. Sedap rasanya.
Dalam perjalanan nak ke Kuantan, ternampak Roti Paung Cikgu. Singgah pula kat sini.
Ni lah rupa roti paung planta. Ada beli roti paung kacang merah juga 1.
Kami ke Kuantan sebab nak singgah ke satu tempat makan ni....terpaksa pecah-pecahkan tajuk ni sebab nak cerita dalam satu entry tu banyak nau. Gambar pun tudiaaa...kata influencer 😜.
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.