Kerja macam ni memang kerja hubby la. Rajin mengajak anak isteri jalan-jalan jauh sikit sampai Tampin nun semata-mata nak merasa Nasi Ayam Gemas Pak Mus. Dania ni memang suka jalan-jalan. Ummi suka duduk rumah. Dalam keterpaksaan ikutkan je la. 😅
Disebabkan rating kat sini tinggi, jadi kami pun singgah la kat sini.
Ada logo Nasi Ayam Gemas kat dinding. Jubin kat dinding macam ni hari tu saya ambik gambar kat Lata Hall tu kat lantai, kat sini jubin corak ni kat dinding.
Ruang makannya memanjang. Kalau lalu kat tengah ni agak sempit juga.
Kami order sup kaki ayam. Memang ada 5 kaki ayam dalam sup ni. Sup ni rasanya macam sup soto sebab ada kacang dalam ni.
Dania dan saya pilih bahagian paha ayam. Kicap ni saya rasa kicap masin sebab rasanya tu.
Nasi ayamnya berwarna kuning cair.
Bagi saya Nasi Ayam Gemas ni ok je la. Sup dia agak berempah sikit dan saya suka sup yang clear je. Hubby kata dia puas hati makan kat sini. Dania pun kata sedap. Sedap atau sebaliknya ikut tekak masing-masing.
Layanannya memuaskan kerana pesanan tiba pantas juga. Tak payah tunggu lama walaupun orang ramai.
Nasi Ayam Pak Mus cawangan Tampin
261, Tingkat bawah
Jalan Seremban - Tampin
Taman Sri Belian
73000 Tampin
Negeri Sembilan
Kat tengah jalan ada gerai buah-buahan. Berhenti kejap sebab nak minta hubby belikan pisang. Nak buat cekodok. Hehe. Dah lama nak beli pisang tapi tak jumpa pisangnya. Dah nampak depan mata kita beli la,
Kat tepi jalan je MRSM Gemencheh ni. Anak saudara saya baru ujian MRSM kat sini. Singgah ambik gambar tanda tiba sini.
Ni MRSM Ulul Albab ni.
Dalam perjalanan ni lalu kawasan hutan yang kadang ada gambar signboard monyet, kadang tapir.
Kami singgah F&N Agrivalley yang berkeluasan 809.4 hektar. Ianya kawasan ladang tenusu bersepadu berskala besar. Menternak beribu lembu baka Holstein yang diimport dari Chile. Holstein ni lembu warna hitam putih macam kat New Zealand tu.
F&N Agrivalley juga pernah import 40,000 liter susu ke Singapura. Susu segar F&N ni menggunakan jenama Magnolia.
Kat sini memang menggunakan mesin yang pintar di mana ada satu mesin besar bulat untuk memerah susu.
Memang luas kawasannya dan kami tak masuk la. Ambik gambar dari luar je.
Mesin bulat ni akan berputar dengan perlahan sambil mengepam susu lembu.
Credit : Dagangnews
Lepas ni kami lajak ke Melaka pula. Haaa sebab nak cari satu makanan ni....jom kita...
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.