Nasi ayam ✅, kemudian ke mana kita?
Kami lajak ke Melaka pulak sebab nak beli kuih keria Hj Jalil. Masa ni tengah menunggu keria siap masak. Dania yang beratur ni.
Ada macam hiasan basikal lama pulak kat sini.
Sedapnya Oyen ni zzzz.
Kuih keria dah dapat.
Malamnya pula, kami ke Medan Ikan Bakar D Muara Alai sebab nak makan ikan bakar....
Ada banyak gerai kat sini dan kami memilih No. 2
Sambal dan pencicah dapat dulu.
Pilih udang....ambik beberapa je.
Sotong ni tak ambik.
Ikan tak ambik tapi ambik ketam.
Masih tenang lagi la sini.
Kailan ikan masin. Sedap sebab tak masin sangat.
Pepahat masak cili. Ni Dania suka.
Ketam ni ambik dua ekor je. Masak salted egg. Sedap juga. Walau ada salted egg memang tak masin la ya.
Udang goreng butter. Ni pun sedap. Ada sarang telur dia ni....
Ada otak-otak juga kalau nak boleh rasa. Rasa juga la ya dan sedap.
Seronok juga makan kat sini sebab orang tak ramai.
Kami makan ni kat :
Ikan Bakar Warisan
M2 Blok A2 D'Muara Alai
Crystal Bay
75460 Melaka
Sedap-sedap lauknya....
Lepas tu kami singgah solat dulu kat surau berdekatan dan meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka.
Jalan kemain sesak lagi. Ingatkan dan parking dan jalan-jalan berdekatan Menara Taming Sari tu tapi tak boleh la ya sebab tak dapat parking dan sesak sangat.
Akhirnya kami decide balik terus je la.
Dua negeri kami cover ni....Negeri Sembilan dan Melaka. Makan tengahari di Negeri Sembilan dan makan malam di Melaka. Tinggalnya di Selangor. 😅
Ezna



Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.