Cottage pie pemberian kawan Dania

Masa kami tiba UPM pun dah sedang elok azan maghrib jadi singgah solat dulu la kat Masjid UPM. Lepas selesai, barulah singgah kat kolej kawan Dania. Nampak kawan Dania ni tengah menunggu. Farah balik sehari awal ke UPM iaitu hari sabtu. Hari isnin minggu depannya kelas akan bermula. Berderet 2 test pulak tu. Nak study kat kolej la tu agaknya. Macam Dania memang study kat rumah je la. Ada orang tak boleh study kat rumah kan...

Dania juga bagi Farah lotion Bodibreze Leona, perfume Minaz dan keropok segera. Boleh terus makan je. Kebetulan saya beli lotion Bodibreze ni sebab ada promo 11.11 kat shopee. Dania pun ada cerita entah macam mana mereka ni ada bercerita tentang perfume Bodibreze ni. Masa ni saya tak tahu pun cerita ni. Dania buka cerita bila saya cakap saya belikan lotion Bodibreze untuk mereka. Lotion ni kononnya gift sempena birthday Dania. Harga dia RM6.90 yang besar dia 180ml. Beli 3 je...biar kawan dia wangi...hehehe...eh bukan busuk sebelum ni ya tapi nanti wangi la semuanya. 

Tapi....baru saya tahulah...Bodibreze ni produk Indonesia la. 


Rezeki yang ada kita kongsi la kan....

Farah bake untuk Dania cottage pie. 1 bekas ni memang boleh share kami bertiga. 


Sedap la pulak cottage pie isi daging Farah buat ni. Bertambah Dania makan. Alhamdulilah. 


Patut la Farah tiba Kolej kat UPM jam 7 malam. Nak buat cottage pie ni ambik masa kot. Sebelum ni Farah pernah bagi Dania cookies. 

Terima kasih Farah bake kan untuk Dania, selalu tumpangkan Dania naik kereta Farah....

Baru-baru ni Dania pun ada bake banana bread untuk kawan-kawan sekelas dia.


Kawan baik-baik ya.....




XOXO,
Ezna


 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.