Breakfast di Restoran Makang, Cyberjaya

Hari sabtu, since nak pergi rumah adik kat Cyberjaya...singgah makan dulu kat kedai di Cyberjaya. 
Kami singgah sini. 


Deret ni memang banyak tempat makan. Pilih sahaja. 


Restoran makanan asli Terengganu buat peminatnya. 


Boleh pilih kat meja ni kemudian terus boleh buat pembayaran. 


Ramai keluarga yang pilih makan kat sini. 


Nasi minyak dengan ayam masak merah ni pilihan saya. Semuanya secukup rasa. Bagi saya nasi dia je terlalu banyak untuk saya. 


Hubby makan pulut kuning dengan rendang ayam kemudian ambik sebahagian nasi saya. Hehe. 


Dania makan nasi dagang. Memang dulu, kini, selamanya. Peminat nasi dagang in da house yo....
Lauknya pula ayam gulai. 


Ternampak nama kayu kamat kat menu, kemudian saya pun macam teringin nak rasa. Habis borong yang ada kat dalam tray. Hehe. Ada 11 kayu kamat saya beli yang setiap satunya berharga RM1. 3 je untuk kami rasa. Selebihnya adik-beradik saya punya. 


Rupa nak sama macam cakoi tapi bukannya. Isi dalamnya lebih padat dan ada rasa lemak-lemak. 
 

Lepas ni nak singgah hantar keropok bagai kat rumah adik. 




XOXO,
Ezna

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.