Paginya, hujan agak lebat turun kat Kuantan ni. Saya dan Dania menuju ke McD Teluk Cempedak. Restoran yang buka awal pagi dan saya boleh jalan kaki je ke sini. Masa nak jalan ke sini nasib baik ada payung yang disediakan di hotel. Dengan 2 payung kami menyusuri jalan ke Teluk Cempedak.
Kawan saya set jam 8.30 pagi. Awal kan?. Elok juga la sebab lepas tu kawan saya nak pergi makan tengahari dengan family dan saya pula ada plan hari kedua kami kat Kuantan ni.
Lama tak jumpa Norazliana atau saya panggil Nana. Last jumpa masa graduasi Diploma tahun 1997 kemudian tak jumpa dah sebab masing-masing sambung degree pula. Nana di UUM, Sintok dan saya UITM, Shah Alam. Oh ya, masa sekolah menengah, kami bersekolah sekali cumanya Nana kelas sebelah. Jumpa masa kelas gabung untuk subjek agama. Jadi...masa jumpa Nana ni saya update la group Sek Men juga.
Berair mata Nana saat berpelukan baru pertama kali berjumpa setelah sekian lama. Alamak...saya pun bukan kuat sangat....hati tisu juga ni 😁
Jumpa selama 1 jam dan last sekali bergambar tepi laut. Nana ni petite orangnya.
Seronok dapat jumpa Nana. Dalam lama tak jumpa tu mulut saya laju je tanya itu ini. Nasib baik la sebab kalau tidak masing-masing diam je la. Haha
Cenderahati comel buat Nana. Lepas tu, kami pun berpisah.....
Ingatkan hubby kata nak pergi makan breakfast sendiri tapi belum sempat nak call kami dah balik bilik.
Jadi, kami ke Roti Bakar Beserah pula. Memang purposely tak pilih breakfast di hotel untuk hari kedua supaya boleh explore makanan kat Kuantan ni.
Disebabkan saya dah makan dengan Dania, pilih keropok lekor bawang je la.
Hubby makan lempeng dengan sambal tumis ikan bilis. Hubby nak makan roti kacang pool tapi kalau nak makan ni kena tunggu lama jadi beralih la kepada lempeng pula. Banyak tempat nak pergi lagi lepas ni.
Nak makan kat sini kena beratur ya. Bila dah lewat2 sikit barulah tenang.
Lepas ni kami nak mencari....apa tu?. Lepas ni saya update...
XOXO,
Ezna




Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.