Warung Koppi 70's

Dah lama kami tak makan kat sini. Masa ni tiba sini jam 10 pagi dan memang ramai orang. Nasib baik ada orang dah selesai makan dan dapatlah parking. 

Parking agak limited kalau nak makan kat sini. Ramai yang park tepi jalan tapi kami park bahagian dalam la lebih selamat. 


Telur separuh masak ada....


Dania makan english breakfast. Boleh kenyang ni....


Roti titab. Kalau kurangkan kaya ni lagi bagus. Kaya dia banyak....tak pun kaya bagi asing. Kita boleh pilih nak taruh banyak mana. Roti pula digunakan roti benggali yang tebal tu. Bukan roti macam Gardenia tu. 


Dania merasmikan baju cardigan Naelofar Care Bears warna mint green. Hampir tak nampak warna bajunya sebab pastel warnanya. Dalam cardigan tu T-Shirt Mofusand. Karakter meow yang Dania suka sangat. Tudung pun Naelofar juga. Tudung raya tahun lepas. 


Kopi butter hubby. 


Nasi lemak hubby. Sedap la juga rasanya. Lauknya sambal kerang. 


Lepas makan, nak tanya kat satu farm ni sebab Dania dan kawan-kawan nak buat assignment kat farm tu. Owner farm tu orang Mesir tapi kahwin dengan orang Malaysia la. Hubby selalu jumpa masa solat jemaah kat surau. 

Unifi kat rumah saya ni ada masalah sikit...jadi terima kasih kerana datang blog ni. Saya akan bw bila masalah ni selesai ya. 





XOXO,
Ezna

 

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Lama teringin nak makan kat situ tp tu laaa blm berkesempatan lagi... myb one sweet day la kan 😄

    BalasPadam
  2. moga unifi kat rumah u cepat2 ok... sweet kaler ootd dania tu..pastel dan sgt light tone

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz....semalam langsung down. Hari ni slow pulak jadi I pun slow slow bw ke blog kawan2 la nampaknya.

      Padam
  3. unifi bukan umah akak je, kdg2 umah nieyl pun problem...
    padahal kan nieyl amek pakej yg maksimum dah tapi hurm......
    semoga cepat ok la unifi akak...nieyl suka baca blog akak ...
    Semoga dipermudahkan urusan assigment dania nanti ..

    BalasPadam
  4. Paling tertarik dgn nasi lemak tu. Nampak sedap. Dah lama tak makan sambal kerang.

    Dania ni tak pernah tak sweet ye. Fesyen dia sis Ezna yang tolong pilihkan ke atau dia pilih sendiri?

    BalasPadam
  5. Setujuuuu. Saya kalau roti, memang tak suka banyak sangat selai manis begitu. Pasti saya hanya ambil sedikit. Jadi kalau letak terlalu banyak, akan saya sisihkan dulu.

    BalasPadam
  6. Sy pun kalau makan roti titab tak suka banyak kaya.
    Lawa cardigan Dania tu. Sesuai dgn orangnya, lembut je gayanya.

    BalasPadam
  7. Dari sebelum sebelum ni lagi teringin nak try Roti Titap tak pun Roti Sarang Burung, tapi tulah tak tertry try...tengok Kak Ezna sefamily makan selalu teringin je..tapi kalau terpergi pun mesti tak terbeli..adoila tekakk...

    BalasPadam
  8. Bidadari Turun Malam pun tak sampai lagi. Ni lokasi kat mana pulak ni.

    BalasPadam
  9. Kopi butter? Macam best je bunyinya

    BalasPadam
  10. Kita pi time lunch so menu lunch sedap.. Menu blast xpenrh try.. Julia and adik kita pernh pi yg bfast... Kitorang pi outlet Shah alam

    BalasPadam
  11. Sedapnya nampak nasi lemak tu. Kat tempat Cie dorg tukar nama roti titab tu kepada roti jantan. Sama la ada telur dan kaya. Cie selalu ketepikan kaya tu macam tak kena nak makan dengan telur yang nak letak kicap & pepper.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.