Rumah contoh dan makan tengahari

Signboard yang kami nampak dekat Enstek ialah signboard ke kawasan perumahan baru. Saje ikut waze nak ke sini. Ada perumahan baru 1 tingkat la kat sini. Kalau area sini, dah masuk Negeri Sembilan. 


Design yang ni corner lot. In future Insya Allah kalau ada rezeki beli tanah atau pun terjumpa rumah setingkat. Mungkin akan invest kot untuk perumahan macam ni. Harga rumah kat sini, masih rendah sikit berbanding di tempat saya dan pilihan satu tingkat ni banyak di Negeri Sembilan. 


Nak masuk area ni Fasa 1 yang masih dalam pembinaan jadi developer yang bawa saya dan hubby ke sini naik kereta Hilux kot. Tak boleh bawa kenderaan persendirian memandangkan kawasan ni masih dalam pembinaan. Dijangka siap Q1 (Quarter 1) tahun 2027 jadi mungkin bulan Jan - April 2027. 


Ini rumah contoh jadi dalamnya pun fully furnished dah. Kalau siapa yang beli unit ni tak payah buat apa dah. Rumah ni pula Fasa 2. Dijangka siap Q2 (Quarter 2) tahun 2028 dan mungkin bulan Mei - Ogos 2028. 


Ni master bedroom. 


Design dia panjang sampai belakang dan tak ada pintu in between jadi nampak luas la. Kami perlukan rumah yang tak besar sangat sebab rasa lebih cosy untuk kami bertiga. Bilik rumah ni 4 bilik dan bilik airnya ada dua. Kalau boleh tak nak beli rumah yang kena bayar maintenance fees. Rumah apartment kami dulu memang kena bayar maintenance fees. Maintenance fees ni ialah bayaran berulang selagi kita masih tinggal di situ. Kalau terlambat bayar, silap2 tak dibenarkan masuk. Kena ingat juga kos makin lama makin naik dan kos maintenance fees pun turut terkesan. Mungkin akan naik juga seiring waktu. Saya dulu bayar RM200++ untuk maintenance fees ni. Jadi kalau boleh nak elakkan juga bab yang ini. Pengalaman saya la....boleh ajer ikut kesesuaian masing-masing., budget masing-masing. 

Kawasan perumahan kat sini ada yang gated dan ada yang bukan gated. Kalau gated, as usual akan adalah fees kena bayar setiap bulan. 


Bila buka pintu sisi kat meja makan, nahhh terbentang luas kawasan. Kalau nak renovate lagi pun boleh sebab rumah ni individual title. 

Ada rezeki nak jual rumah sekarang ni sebab 2 tingkat dan semi-D dan fikir-fikir balik nak rumah yang lebih kecik lagi. Jual rumah sekarang dan dump semua perabihkan hutang untuk rumah idaman dan boleh la hidup dengan tenang sebab rumah ni salah satu hutang yang paling tinggi berbanding hutang kereta. Kawan hubby pun buat macam ni juga. Dia jual rumah semi-D 3 tingkat. Hasil jualan rumahnya, beliau beli rumah yang lebih kecil secara cash. Hutang rumah dah selesai dah. Tapi, in order nak buat macam ni...kita kena berpindah dulu untuk menyewa sampai rumah kita dapat dijual. 

Insya Allah tahun ni juga satu kereta dah habis bayar untuk bulan 10 ni alhamdulilah. Jadi, semua kereta dah selesai bayar. Ini baru plan je, tak tahu la Allah plan apa untuk family kecil kami ni. 

Bercakap pasal rumah bawah ni kawasan dia luas juga. Kalau cucu nak main-main tepi ni pun boleh la lari-lari. Eh?. 😁


Kawasan yang atas ni tak jauh pun dari Masjid Sendayan dan saya masih ingat lagi makan nasi ayam berdekatan dengan Masjid Sendayan. Dah lama tak pergi ke area sini dan Nasi Ayam Gemas masih lagi berniaga di sini. Kawasan kedai sebelah Masjid Sendayan. 


Nasi ayam ni favourite Dania. Teringat kat Dania pulak. Dania kena kerja Sabtu & Ahad. Saya pilih ayam crispy dan hubby black pepper sauce. 


Ayam crispy saya. 


Ayam black pepper sauce hubby. 


Sup nasi ayam ni saya kurang sikit sebab rasa rempah dia kuat. Saya suka sup yang plain sikit, tak banyak rempah dan secukup rasa. Macam sup nasi ayam saya la. Overall nasi ayam dan ayamnya sedap juga. 

Ada yang dah pernah rasa Nasi Ayam Gemas?





XOXO,
Ezna

 

6 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Mudah-mudahan ada rezeki Ezna sekeluarga nanti aamin 🤲🏻

    Sy dulu berangan nak ada banglo kurang² 5 bilik utk supaya anak⁴ dapat bilik sorang satu. Senang bila mereka berkeluarga nannti. Tapi bila dah makin tua ni, rasa nak rumah kecik² cukuplah. Senang nak manage :)

    BalasPadam
  2. Auchhh... ummi dah pasang angan² nengok cucu main kat tepi rumah☺️

    Bila bayaran rumah setel, hati pun senang. Semoga hasrat yang Ezna dan suami mahukan cepat tercapai.

    BalasPadam
  3. Seronoknya usha rumah contoh! Rekabentuk setingkat Negeri Sembilan memang selesa & berbaloi untuk long-term investment.

    BalasPadam
  4. memang best kalau dpt beli/memilik rumah setingkat..kat gombak ni mcm tak de jer rumah setingkat sbb terlalu padat dan rumah sgt mahal jugak

    BalasPadam
  5. Ok juga tu kat corner lot ada tanah luas kat tepi.

    BalasPadam
  6. Perancangan kita lebih kurang sama la Sis Ezna. Memang nak menetap di rumah setingkat lepas retirement. Sebab tu masa saya stay & kerja kat Sarawak saya dah beli rumah setingkat kat sana. Memikirkan dah tua tak larat nak naik turun tangga rumah hihi. Cuma nanti bila nak pindah sana kena renovate tambah satu bilik lagi utk cucu2 😜 (eh, planning awal2 nnt tak pening kepala bila anak cucu nak datang melawat hehe).

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.