Kali ni nak kena hantar Dania ke Cafe @ Serumpun. Dania nak makan dengan kawan-kawan yang dia baik sekelas tu. Dania yang ajak since kawan2 dan Dania pun masing2 pilih elektif berlainan. Ada 1 je kot yang sama. 2 orang kawan Dania yang masuk Kor Sispa (Siswa Siswi Pertahanan Awam) tinggal di Kolej Canselor dan seorang di Kolej Tun Aishah Ghani. Dania je luar kampus. Tapi, sem 5 ni ada beberapa kawan sekelas Dania yang tak dapat kolej dan kena duduk luar.
Ni siap-siap bawak sweater ni sebab nak masuk library. Kalau tahu karakter apa tu? Hehe. Sweater warna purple. Beli tahun 2021 lagi ni. Ada subjek Livestock Waste Management nak tengok dokumentari di library UPM.
Dan tiba kat Cafe @ Serumpun dah. Sweater tu Dania ikat kat beg.
Dania teringin nak makan Malatang ni. Apa ke Malatang ni?. Kawan2 yang ni selalu Dania ambik gambar candid sebab semua tak tengok kamera pun. Lepas ni masing2 naik kereta Farah dan menuju ke library UPM. Terima kasih Farah!. Farah dapat kereta hadiah dari atuknya.
Ni waktu petang nak ambik Dania kat library. Dania tak balik la dengan kawan2 sebab kata ummi ambik kat sini. Bangunan kanan ni library. Cuaca jerebu ni sangat la tebal masa ni.
Saya parking dekat pokok serdang. Pokok ni selalu tanam tepi jalan. Pernah nampak kan?
Dania beli Mixue untuk ummi bila nampak kereta parking kat library dan beli patung kecik comel ni juga. Harganya RM1?. Boleh la berkawan dengan kereta warna jingga tu ha....bila kereta bergerak, tergolek-golek dia....sebab bawahnya bulat jadi terpusing dan tergolek pada masa yang sama.
Dania cerita masa tengok dokumentari tentang environment tu Dania tertidur 😆. Kawan sebelah Yi Lin dah cakap ni boleh tertidur ni sebab gelap dan tak ada popcorn. Suasana bilik pun sejuk je....apa lagi? 😴 la. Dania cerita mulanya Yi Lin tertidur, lepas tu Dania join....bila time terjaga....serentak Yi Lin dan Dania terjaga 😂. Duduk pun sebelah menyebelah. Saya gelak la apa lagi. Mesti cerita bosan la tu. Dania time kecik tengok movie Transformer pun boleh tertidur 😆. Bunyi kuat pun I don't care.
Ok balik rumah...malamnya saya masak ikan pekasam. Ikan pekasam ni adik bagi. Katanya produk Penjara Alor Setar. Banduan yang sediakan ikan pekasam ni. Besar betul ikannya. Makan sekali tak habis ni. Penjara pun ada keluarkan produk yang orang ramai boleh beli.
Buat juga telur dadar. Kucai pun saya masukkan juga dalam telur dadar ni.
Masak lemak cili api udang dengan kucai. Ikutkan nak buat ni je lebih ringkas. Tiba-tiba teringat telur masih banyak. Kalau tak buat kang lama-lama telur busuk pula. Tu yang ada telur dadar sekali tu. Elok nak 1 lauk jadi 3 pula. Alhamdulilah.
Itu je lah. Dania pun membantu masa memasak ni. Balik2 hubby nak terus makan kemudian bertambah juga. Bahagia pula saya....
XOXO,
Ezna









Saya pun smp skrg tak jejak lagi kaki dalam Malatang. Kakak & adik saya pernah ajak, 2 minggu lepas kawan saya pun ajak makan di malatang tapi belum terbuka hati (ke selera?) nak ke sana ðŸ¤
BalasPadamMasak lemak cili api lawan dgn ikan pekasam boleh buat bertambah-tambah nasi dalam pinggan tu. Bahaya utk org diet hihi
Malatang tu berkuah ya....tak pernah makan lagi sebenarnya. Masak lemak cili api dan pekasam memang sedap tapi nak kena tahan menambah nasi tu yang payah tapi boleh...kena kuatkan semangat.
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.