Rasa bangga juga bila dapat berita ni. 3 orang Prof yang mengajar Dania world top 2% scientist. Bukan diiktiraf di Malaysia sahaja tapi di dunia.
Prof Dr. Loh Teck Chwen mengajar Dania subjek Feed Processing Technology untuk sem ini dan sem lepas pernah mengajar subjek Swine Science. Prof. Dr. Loh Teck Chwen merupakan Dekan di Fakulti Pertanian ni. Beliau juga sebenarnya adalah seorang lulusan doktor perubatan veterinar. Beliau ada PHD in Animal Nutrition di University of London.
Mainfield : Agriculture, Fisheries & Forestry (Bidang kepakaran)
Dairy & Animal Science - Subfield 1
Veterinary Science - Subfield 2
Prof Dr. Awis Qurni pula pada sem ini mengajar Dania subjek Meat Science. Lulusan doktor perubatan veterinar di UPM dan PHD in Meat Science, University of Nottingham. Beliau juga merupakan Pengarah institut penyelidikan produk halal, Universiti Putra Malaysia.
Mainfield : Agriculture, Fisheries & Forestry (Bidang kepakaran)
Dairy & Animal Science - Subfield 1
Food Science - Subfield 2
Prof Dr. Anjas Asmara pula pernah mengajar Dania sem 3 subjek Basic Animal Nutrition. Beliau merupakan lulusan doktor perubatan veterinar dari UPM dan PHD in Animal Production di University of Queensland, Australia. Pengarah Institute of Tropical Agriculture and Food Security (ITAFOS) di Universiti Putra Malaysia.
Mainfield : Agriculture, Fisheries & Forestry (Bidang kepakaran)
Dairy & Animal Science - Subfield 1
Veterinary Science - Subfield 2
Bangga juga la bila Dania salah seorang pelajar yang mendapat tunjuk ajar dari Prof Loh, Prof Awis dan Prof Anjas. Lagi 2 orang Prof tu Prof yang mengajar program Bacelor Sains Akuakultur. Prof Ina juga pernah memenangi pingat untuk vaksin berasaskan makanan (oral feed-based vaccine) yang dibangunkan untuk mencegah penyakit vibriosis pada ikan marin dan streptokokusis pada ikan air tawar.
Ezna

Alhamdulillah, belajar dgn lecturer yg hebat2 dah bertaraf dunia 👍🏻 terbaik la UPM menghasilkan saintis2 dalam bidang penyelidikan ni.
BalasPadamAlhamdulillah.Seronok dpt belajar dgn org yg byk pengalaman & ilmu =)
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.