Kisah sehari selepas berhenti kerja......

Kisah sehari selepas berhenti kerja iaitu pada 1 Oktober 2026. Dania nak pergi IOI City Mall. Tujuan utama nak main racing F1 permainan video di ruang legar IOI City Mall 2 (IOI City Mall tempat baru) anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia. 

Kita makan kenyang-kenyang dulu kat A&W. Lama tak makan sini. Ok nampak ada paper bag warna perang atas meja ni maknanya kami ke Tudung Ruffle dulu. Ummi belanja Dania tudung baru. Kat sinilah yang Dania kata bila dapat gaji nak belanja ummi tudung juga. 


Masuk Uniqlo juga. Dania nak tunjuk ummi satu benda. 
Bawah ni Uniqlo dah keluarkan tudung la. 


Haaa ni dia yang Dania nak tunjuk. Masa ni musim F1 jadi Uniqlo ada kolaborasi dengan Mickey Mouse dan F1. Memang ada nampak orang pakai baju ni. 


Event Citrawarna Speed Festival ni lah yang Dania nak pergi. Masa kerja tak sempat nak ke sini sebab kena kejar juga waktu nak makan, nak solat. Dania dah pergi masa ni. Nampak ada kipas juga tu. Saya bawa kipas ni ke litar SIC. 

Kat Speed Festival ni mereka yang bermain permainan video 20 terlaju akan berentap hari Sabtu nanti. Dania cerita orang sebelah Dania salah seorang score tertinggi. Hmmmm kita sabtu nak ke F1. Tapi alahaiiii macam la Dania dapat. 😅. Tak masuk list tertinggi pun. 

Dania pegang plastik Anakku tu maknanya kami ada ke butik Anakku. Belikan hadiah untuk orang Brunei yang beli tiket BTS World Tour Arirang in Jakarta. 


Ummi nak pergi ke Watsons Dania kerja jadi ada lalu sini jugak. Dania cerita kat ummi, gambar Jungkook luar Calvin Klein dah tukar. 


Siapa la yang jadi pengarah fotografi ni ya. Tak suka betul dengan gaya ni. Muka kawan tu handsome la jugak tapi buat macam ni terus jadi tak handsome pulak. Ni pendapat saya ya...jangan kecam pulak. Gaya boleh mempengaruhi juga ni. 


Ada juga ke Naelofar. Alahhhh comelnya tema Care Bears. Kat cermin pun ada. Dania try cardigan warna mint green Care Bears. 


Cardigan warna cream dengan kartun Care Bears kat belakang. Kalau warna mint green, Care Bears belakang ni warna pink. Macam ala ala Strawberry Matcha pulak.  


Ni bahagian depan. Butang dia berwarna-warni. Dalam banyak-banyak butang tu...warna merah butang berbentuk heart / love (hati). Lain-lain semua berbentuk bulat. Berapalah Naelofar bayar untuk kolaborasi dengan Care Bears ni ya?. 

Well...ada beli ke baju Care Bears?. Ya....cardigan warna mint green yang Dania cuba tu. 


Masa ni saya masuk dulu ke Watsons. Ada kawan-kawan ex rakan sekerja tanya mana Dania?. Saya kata Dania malu...dia jalan tempat lain. Saya ke sini tujuannya nak beli / top up hadiah untuk yang beli tiket BTS saya tu sebab beliau dah bayar semuanya. Untung beli tiket dengan saya ya. Lepas tu dapat hadiah pulak. Dari Army kepada Army gitewww.....Saya nak cari barang BT21 Watsons ni. Ada saya jumpa dan terus beli. 

Bila kawan Dania cakap macam tu....ada yang cakap nak ambik gambar ramai-ramai. So saya yang dah beli barang tu keluarlah cari anakanda. Lepas tu ajak Dania masuk Watsons. Bertuah punya anak ya. Malu bebeno. 

Ni gambar Dania sebelah Alia. Pangkat tinggi juga ni. Sebelahnya Bella. Alia ni setahun muda pada Dania dan baru naik pangkat. Tak silap Dania katanya ada Diploma. 


Dania dengan Kak Shu yang ambil Dania kerja. Pangkat Assistant Store Manager. Kena ada Ijazah nak pegang jawatan ni. Kak Shu ada Ijazah. Pangkat dalam Management yang akan mengatur jadual pekerja dan set target sale. Kalau Dania kerja kat Watsons selepas grad memang ada peluang naik pangkat ni.                                                                     
Terima kasih Shu ambil Dania kerja. Selalu Kak Shu ni tanya...Dania bawa bekal apa?. Dania paling konsisten bawa bekal ke Watsons. 


Belakang tu kat cashier Kak Dayang dan Amir. Amir buat gaya macho tapi malu tu. Hehe. Kak Dayang kata masa first Dania masuk group Watsons....Kak Dayang kata sedap nama budak ni....Dania Yasmine. Dania dapat brooch Sabah juga bila Kak Dayang balik Sabah. Semua dapat. 


Lizz dengan Dania. Lawa pulak Lizz ni. Orang Perlis ni umur 19 tahun. 


Ni Najwa. Baru selesai Diploma. Macam nak sambung degree lepas ni tapi kerja dulu di Watsons. Ni Army jugak ni. Nanti pergi konsert 12 atau 13 Disember 2026 (tak sure tarikh mana tapi Najwa plan nak pergi kedua-dua tarikh cuma satu tarikh tu tak dapat tiket lagi). Kot terjumpa di lokasi mana la tau kan....


Gigih ya bawak kotak ni sebab nak balut dan terus hantar ke kurier. Later saya cerita kurier yang mana. Ni first time nak hantar kurier ke Brunei. 


Masa ni kaki saya baru ok je....dah push jalan jauh-jauh dalam IOI City Mall ni cover hujung ke hujung. Haaa puas hati. 😅




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.