Dania ambik kat post box ada tiba barang yang saya dan surat bersampul hitam ni. Kalau tengok kat threads memang ada yang dah dapat. Masa Dania on the way nak bagi ke saya sampul hitam ni...Dania siap humming....sorry ummi tak tahu lagu apa. Rupanya Dania humming lagu BTS. 😅
Tiba sudah kad Maybank BTS saya. Sampulnya warna hitam ya.
Mulanya suspens sangat tau sebab saya pilih kad tu masa tu jam 12.42 am, tengah malam la kiranya. Takut sangat kalau saya terpilih kad hitam lagi satu iaitu kad MU. Haha. Warna hitam gak. Sebelah menyebelah je kat dalam website.
Nasib baik Dania perasan ada tulisan BTS kat situ...
Kad yang ditunggu-tunggu ya. Tak ada muka mereka tapi ada BTS dan lambang konsert mereka tu bulat 3 tu. Tak silap Visa ni salah satu penaja masa konsert BTS di Stadium Bukit Jalil pada 12 & 13 Disember 2026 nanti.
Konsert BTS yang pusing 1 dunia ni namanya BTS World Tour Arirang. No kad di belakang sebab nak bagi tema BTS kat depan. Warnanya ala ala ada cat kotor warna putih....background hitam.
Bawah yang warna hitam tu sticker jadi bagilah Dania. Dania tak ada akaun dengan Maybank. Bank lain ajer. Hubby cakap eh hitam je....ok nanti Ena suruh tukar kad ni jugak ya. Biar kembar. Dah wajib tukar kalau tengok tarikhnya.
Apa yang perlu dibuat jika anda ada kad debit visa yang lama :
1. Aktifkan kad baru ni serta merta. Kalau tak aktifkan kad dalam masa 90 hari....kad ni akan dinyahaktif (deactivate).
Log in Maybank2u - Cards - Maybank Visa Debit Card - Click 3 dot - Manage my Debit Card - Debit card replace, renew, activate & block - Click activate
2. Buat pembelian pertama jika nak aktifkan wave. Kena masukkan kad dalam mesin pembayaran dan masukkan nombor pin. Ok selepas ni kad ni dah aktif untuk kita wave ajer.
3. Bila dah tukar kad ni kena tukar la jika anda ada SI atau autopay kat kad yang lama ke kad yang baru.
4. Nak keluarkan duit guna kad yang baru ni. Kad debit visa yang lama dah tak boleh guna. No pin pun sama dengan kad lama unless nak tukar no pin yang baru.
5. Kalau ada save nombor kad debit ni untuk pembelian di Grab, Shopee, Tik Tok misalnya....kena tukar no kad debit ke nombor yang baru.
6. Tengok nombor kad di Maybank2u, dah ditukar ke no kad yang baru ke belum. No akaun kita tetap sama. No kad sahaja yang bertukar.
Ezna
hihihi..akak pun sama ehhhh...
BalasPadamkawan nieyl pun baru dapat 2 hari lepas dia mmg peminat BTS..
Hahaha memang ya....gang dengan kawan Nieyl....nasib baik dia dapat juga yang BTS. Kami ni takut masing-masing dapat kad yang salah warna hitam jugak tapi Manchester United.
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.