Kalau idak, hubby minta saya pergi race day. Saya tolak sebab lenguh-lenguh badan tak habis lagi. Serius...penatnya terasa lagi. Memikirkan kisah kena jalan 4km tu buat saya ok takpelah. Bagilah peluang kat hubby merasa pulak sebab after all, hubby yang bayar tiketnya. Saya cuma membuat pembelian sahaja.

Ni parking kat Bandar Enstek dan berjalan ke De Village tempat tunggu bas rapid kl ke SIC.
Bila tiba....nak masuk ke main entrance tak jauh pun. Saya 4km kan? Dania dan hubby jalan 500 meter je katanya. Nak masuk main entrance sebab situ ada Bahrain Village. Boleh la ambik air teh masala etc....Dania bawa payung karakter Peanut.

Gambar-gambar dapat dari whatsapp Dania dan hubby. Ni dalam shuttle bus untuk ke tempat duduk F Grandstand.
Scan tiket kat sini la sebelum dapat masuk. Tapi.....tak tengok pulak IC kita pun.
Tempat Dania bergambar masa pergi dengan ummi. Kali ni ayah yang ambikkan gambar.
Dania pakai baju team Mercedes warna ungu. Hari sebelumnya pakai baju team Ferrari. Baju beli hasil titik peluh sendiri kat Adidas.
Topi pakai topi team Ferrari dan tudung warna senada. Kemain happy nampaknya ya. Alhamdulilah. Topi pula guna duit ayah dulu kat Puma. Dania nak bayar lepas dapat gaji tapi ayah kata tak apalah ayah belanja. Amboiii untung ya. Kalau ummi la bayar....2-3 kali pun ummi tuntut 😆
Saya minta gambar ayah dan anak.
Ayah Dania sporting pakai baju warna merah sebab Dania suka team Ferrari. Tapi....baju merah ni baju MotoGP. Pun boleh la. Elok bebeno la...Dania minat F1, hubby minat MotoGP. Ummi 2-2 tak minat 😅. Kedua sukan ni pusing pusing pusing kat track.
Masa ni line hubby beratur nak ambik teh masala. Dania pulak beratur nak ambik ice cream. Sekali....ice cream tempat yang Dania beratur tu habis....udah kena ke sebelah line pulak dan line tu panjang. Dania kata terus tak jadi beratur. 😆. Hubby dapat merasa teh masala yang diberikan percuma.
Ada beli juga makanan kat area sini ke mana ke...hubby tapau mi goreng dan Dania ayam gepuk kot. Harga memang mahal tapi kena bersedia la kalau sukan tahap international ni. Saya cakap dengan hubby jangan berkira la sebab nanti lapar......makanan luar mana boleh bawa kan...pulak tu pihak Bahrain yang tentukan harga. Duit derang dah la tinggi.
Ini macam nak ke tempat duduk kami ni. Atas bukit. Sebelum tu kena mendaki 2 set anak tangga. Huhuhu....
Tempat nak masuk ke F Grandstand.
Saya kat rumah menonton di Bein Sports. Hari kejadian hujan punya lebat. Sepanjang F1 Jumaat dan Sabtu takde hujan lebat pun. Cuma mendung je.
Semua pemandu beratur pakai payung. Hujung ni Max Verstappen team Redbull dan sebelahnya Kimi Antonelli team Mercedes. Haaa saya dah mula kenal la sikit2 pemandunya.
Lagu negara Bahrain dimainkan oleh pancaragam dalam hujan. Selepas lagu Bahrain, lagu 'Negaraku' pula dimainkan oleh pancaragam. Kat TV, boleh nampak orang Malaysia menyanyikan lagu Negaraku.
Berpayung buat mereka yang duduk di bukit / hillstand.
Ehem ehem...ummi ambik gambar pemandu favourite Dania....Charles Leclerc dari team Ferrari.
Ni masa hujan renyai-renyai atau dah berhenti. Interview dengan George Russell team Mercedes.
Lagu intro F1. Sebenarnya saya saje la pilih seorang pemandu ni. Ok saya pilih Ollie ni atau Oliver Bearman. Team ni tak kuat pun. Selalu last je....tak pun tengah-tengah. Kalau orang tanya saya akan kata minat Ollie. Ollie ni sebelum ke SIC....datang awal ke Malaysia dan bercuti ke Langkawi dulu. Ollie dan beberapa pemandu yang lain. Mereka menaiki jet peribadi.
Lewis Hamilton dulu team Mercedes dan selalulah nampak datang jemputan Petronas di KLCC. Petronas penaja besar team Mercedes ya dan kalau tak percaya boleh tengok lambang Petronas besar kat baju Mercedes.
Lewis dah masuk team Ferrari. Bila nama dia disebut....peminat Malaysia bersorak la. Boyfriend Kim Kardashian ni. Bentuk muka macam sama dah....ada jodoh la orang kata.
Dania minat Charles Leclerc yang berasal dari Monte Carlo, Monaco. Tempat orang have have tu.
Kaya Petronas ni boleh taja Kimi dan George Russell. Bangga juga kita sebagai rakyat Malaysia. Sukan permotoran F1 ni bukan calang-calang sukan. International.....
Kimi ni 2 tahun muda dari Dania.
Team Mercedes juga ni gang dengan Kimi.
Perlumbaan ditangguhkan disebabkan hujan lebat. Sebelum perlumbaan, Safety Car akan mengelilingi litar untuk mengukur tahap keselamatan litar. Cantik betul warna merah ni. Masa dulu nak pilih kereta jenama 4 bulatan...saya pilih warna merah sebab suka sangat dengan warna ni. Dania kata ummi menyerlah sangat la. Dia gang dengan ayah dia yang prefer warna silver jadi....Florett Silver akhirnya. Tak dapat ummi pandu warna merah.
Lautan manusia berpayung.
Masa ni hujan dah reda dan hari race day ni ada Drivers Parade. Atas lori ni driver F1 la.
Rasa bersyukur juga dapat duduk di tempat yang berbumbung ni. Alhamdulilah.
Marshal orang Bahrain ni macam happy je.
Dania dan ayah dia.
Baju yang Dania pakai ni la yang kawan hubby nampak kat IG dan bermurah hati nak bagi Dania hadiah baju T Shirt Mercedes.
Gambar ni hubby kata Sukarelawan F1 yang ambilkan. Dania kata macam nampak student UPM 2 orang yang jadi sukarelawan F1. Menariknya.....
Ehhhh anak ummi juga yang untung. F1 dapat pergi, konsert BTS pulak akhir tahun. Hadiah sempena dapat Anugerah Dekan dan sebagai pemangkin untuk terus ke hadapan semester akan datang. Ummi berharap.....
Disebabkan penangguhan perlumbaan F1, habisnya dalam jam 6 lebih petang. Dania dan di belakangnya matahari yang nak terbenam.
Tunggu suami adik saya kat tepi jalan. Terima kasih Eja & Lano pick up Dania dan Bang Tam. Kemudian mereka ke Masjid di Bandar Enstek dulu dan drop hubby dan Dania kat parking kereta.
Pemenang F1 Gulf Air Grand Prix Bahrain in Malaysia :
1. Max Verstappen - Redbull
2. Kimi Antonelli - Mercedes
3. Lewis Hamilton - Ferrari
Tiba rumah dalam 10.55 malam sebab jam di Bandar Enstek dan sepanjang perjalanan ke rumah. Fengsan.....lepas tu tiba rumah pick up saya untuk minum kat Q Bistro pula di Putrajaya. Dah 1 hari tak jumpa kan?
Dania kata penat betul pada 4 Oktober 2026 tu dan 5 Oktober 2026....kelas Dania bermula jam 8.00 pagi 😅. Penat...tapi pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana buat pertama kalinya setelah 9 tahun....perlumbaan F1 diadakan di Malaysia. Bahrain yang mengendalikannya....kita sebagai rakyat Malaysia cuma provide tempat sahaja. Harga barangan dan parking semua ditentukan oleh pihak Bahrain. Apa pun....kalau tak ada hubungan diplomatik yang baik diantara Malaysia dan Bahrain, mana mungkin F1 kembali ke Malaysia....
Alhamdulilah di atas pengalaman ini walaupun saya hanya berpeluang pergi masa F1 Gulf Air Grand Prix Bahrain in Malaysia masa qualifying race pada hari sabtu.
Mana yang baik dijadikan tauladan, yang sebaliknya dijadikan sempadan.
XOXO,
Ezna































suka dania ya...
BalasPadamanak happy, ibu ayah pun happy...
Happy lah dia. Ada 2 hari ummi dan ayah yang temankan.
PadamPengalaman yg x dpt dlupakan ni. ofismate sy suka dgn George Russell =)
BalasPadamOh George Russell. Sayangnya masa perlumbaan di Malaysia di lap terakhir keretanya ada masalah jadi terus keluar dari perlumbaan. Padahal time tu dah dalam kedudukan No. 3
PadamSeronok baca pengalaman ramai yang pergi tengok F1
BalasPadamMasing2 mempunyai pengalaman yang berbeza. Ada yang sanggup jalan kaki dari litar SIC ke Mitsui. Huiii yang ni saya tak sanggup.
PadamAlhamdulillah.Rezeki Dania. Dapat pergi 2 kali. Semoga F1 akan kembali ke Sepang di tahun2 mendatang
BalasPadamHarga tiket untuk 3 hari berturut-turut tapi hari pertama tu malas pula saya nak pergi sebab 'driver' bekerja. Hehehe.
PadamBaca kat IG ramai fans F1 yg mintak FIA masukkan balik litar Sepang dlm F1 race sbb litar Sepang ni lebih menarik dan mencabar skill pelumba2 F1. Klu F1 kembali ke Sepang, harapnya lepas ni pengurusan parking, shuttle dan trafik lebih baik dari Bahrain GP kali ni.
BalasPadamDulu rasanya Malaysia berhenti sukan ni kat Malaysia sebab penganjurannya kosnya memang tinggi. Litar F1 di Sepang ni katanya menarik dan litar yang sebenar sebab terdapat selekoh yang tajam. Ada negara buat kat jalan sahaja macam Singapura. Ye lah tempat mereka tak ada litar perlumbaan.
PadamBab parking dan shuttle tu memang kena ada penambahbaikan dalam penganjuran akan datang.
Pengalaman yg tak dapat dilupakan ni. Mahal² pun still murah sbb buat di negara kita. Kalau ndk fly ke luar negara macam² lagi kosnya kan.
BalasPadamYa...baik mahal negara kita tapi bab ni kita pun tak dapat nak kawalnya. Penganjurnya orang Bahrain. Cuba buat kat negara lain....kena fikir kos lain pula.
PadamLagi seronok bila baju tu dibeli dengan duit hasil usaha sendiri. Siap bergambar dengan kereta F1 dan ayah, memang kenangan manis untuk disimpan.
BalasPadamYa kalau guna duit sendiri baru tahu nilai duit tu kan...bukan senang nak dapat.
PadamSukaaa lihat topi Dania. Itu bagian depannya keras dan glossy ya kak? Cuma kaaan, saya kalau pakai tudung, lalu timpa topi, ntah kenapa tak bagus 🤣🤣🤣. Macam tak sesuai lah. Di Dania baguuus je 😄👍
BalasPadamSamaaa lah kita. Mau F1 atau moto GP, memang tak suka 🤣🤣🤣. Kalau dj Malaysia lagi F1, di Lombok Mandalika sedang moto GP nih. Seru juga lihat activities para riders yang tengah di lombok.
Dan hujaaan pulaaa yaaa. Ya Allah, tak terbayang yang menonton kena hujan. Kalau saya memang menyerah nampaknya 😂😂
Ya topi Dania ni keras bahagian depan. Ye ke?....mungkin Fanny je kot yang rasa begitu tapi bila pakai mungkin orang lain berpendapat lain.
PadamKeduanya F1 & MotoGP tak berapa minat tapi kenal juga la pemandunya sebab nanti boleh la berbicara dengan Dania dan suami kakak. Ya Mandalika ada suami kakak sebut. Kakak suka pula nama Mandalika tu.
Ya hujan masa race day lebat. Kesian yang duduk di hillstand. Tak ada bumbung.
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.