F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 | Day 1

Dapat fresh dari adik saya yang pergi F1. Adik saya pergi semuanya 6 orang. Ni adik saya kata kereta yang baru lalu tu kereta Ferrari dan pemandunya Charles Leclerc. Ni pemandu yang Dania minat ni. Walaupun kereta yang sama dan ada 2 driver berlainan jadi salah satu akan ada warna hijau di bumbung. Kalau team Ferrari, warna hijau di bumbung ialah Lewis Hamilton. Dania yang bagitahu. Ummi tak tahu info ni. 

Adik saya yang akan datang 4 orang nanti tempat duduknya di C2 Hillstand. Hujung belah kanan tu yang ada bumbung tu tempat duduk yang saya dan Dania akan duduk. Ayah dia la yang nak beli situ sebab memandangkan panas dan hujan tu yang tak tahan. 


Ni masa nak keluar parking. Smooth adik saya kata. Panjang barisan ni nak naik shuttle ya. 😅. Gigih la agaknya anak saudara saya rekod sebab nak bagi kat saya. 


Ini mungkin beratur nak tunggu shuttle agaknya....alamak....ramai juga. 


Ada yang duduk kat jalan dan ada yang berdiri. 



Pekerja dari Bahrain pun ramai juga menjaga di sini. 


Adik update : 

Makanan dan air mahal. 
- Ayam goreng kunyit berharga RM50
- Burger ayam RM28
- Air ZUS diantara yang termurah

Maknanya nak kena prepare duit juga ni. Saya akan bawa cash dan kad la. Tapi adik saya update lagi....memang la smooth nak keluar parking kat SIC tu tapi bila masuk jalan besar....sesak la. 😅

Harap dapat gambaran la kepada mereka yang baru nak pergi esok. Hari ni cuma praktis biasa ajer. Esok ada qualifying sebab nak tentukan kereta mana depan sehinggalah ke belakang. Can't wait. 




XOXO,
Ezna




 

7 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Ayam tu pun import dari Bahrain ke? 😅 harga ayam goreng kunyit dgn burger ayam tu kemain ye caj matawang BHD gamaknya hihi.

    BalasPadam
  2. Tak heran lah semua jadi mahal. Apalagi yang buat acara Bahrain, dan pertandingan begini tak mungkin yang menonton orang biasa. At least pasti berduit. Jadi memang selalunya mahal.

    Makanya saya lebih suka baca saja untuk tahu kondisi lapangan 😂

    Ya Allah yang antri shuttle tuh, sampai jam berapa menunggu 😵‍💫😵‍💫.

    BalasPadam
  3. my zharfan gi ari ni dgn his frens...my adik(nizar and boys) nak gi esok

    BalasPadam
  4. Kat threads ramai cakap pengurusan failed. Ada yang berjalan kaki jauh nak ke parking. Ramai sangat pengunjung.

    BalasPadam
  5. Jumaat lepas Bami cari pasal... dia pergi IOI mall lepastu nak ke JB. Kununnya lepas IOI mall balik rumah dulu mandi² dan ambil barang semua... sekali stuck lah dalam jammed balik Klang. Dah pesan pergi je lah terus. Dah takmo dengar kata.. rasaiin😅.
    So dia akan hadap jammed kali ke dua lah menghala ke selatan.

    BalasPadam
  6. Uii mahal harga makanan, ikut kat Bahrain jugak ke tu kot Kak Ezna ye hihihi....
    Nasib baik Kak Ezna ada "teaser" ye hihi

    BalasPadam
  7. Harga international biasalah lagi pun kat F1 Bahrain.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.