Tun Siti Hasmah meninggal di IJN hari ini


Masa menonton Malaysia Hari Ini dapat berita ini. Beliau kat IJN mungkin rawatan berkaitan jantung dan beliau sempat meraikan Hari Lahir ke 100 pada 12 Julai 2026. Hidup bersama dengan Tun M selama 70 tahun. Pasangan ketua negara yang hidup paling lama. Alhamdulilah....dikurniakan umur yang panjang. Tak semua pasangan dapat bersama dengan pasangannya dalam masa yang lama. 

Kita sedekahkan surah Al fatihah untuk beliau. Terasa sampai di hati bila tengok video lama Tun Hasmah dan Tun M. Cinta sejati sampai mati 😭. 





XOXO,
Ezna

8 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Salam takziah kan buat tun Dr M sekeluarga. Al-fatihah dibaca

    BalasPadam
  2. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  3. alfatihah...adik ipar keje kt IJN update brita sedih ni pg td...last kami jmpa time arwah dtg ziarah FIL meninggal 2019

    BalasPadam
  4. أَللّٰهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
    Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, maafkanlah dia, dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga."

    BalasPadam
  5. Al fatihah utk insan yang sangat istimewa dan banyak jasanya. Semoga rohnya dicucuri oleh Allah SWT.

    BalasPadam
  6. Innalilahi wainnailaihi rojiun 😢... Terlihat video Tun Mahathir di atas kursi roda membaca doa trakhir kali untuk istri tadi malam. Sedih sangat melihat nya.... Semoga almarhumah dilapangkan selalu kuburnya

    BalasPadam
  7. Semoga arwah ditempatkan disebaik-baik tempat. Hiba sangat hati semalam bila dengar berita

    BalasPadam
  8. Innalillahiwainnailaihirojiun...Salam takziah..turut berdukacita

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.