Ke Pameran MAHA berdua

Saya sebut je macam nak pergi MAHA la...hubby kata kalau nak pergi kena naik motor sebab kalau pergi MAHA naik kereta memang sesak sikit la nak ke sana. 

Tempat first saya pergi selalunya ialah ke tempat LKIM. Mencari masa lalu saya. Terjumpa la seorang batch saya yang bernama Fajar menjawat jawatan Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan. Ada juga Rashima tapi masa ni Rashima pergi surau. Beliau orang No. 2 kat LKIM sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Saya panggil Shima tu Shimot....kemudian jadi Mot. Orang lain pun lepas tu panggil Shimot jugak sebab saya rasa comel sangat. Beliau sangat periang dan baik la bagi saya. Fajar belanja saya air blue lemon. Wahhh ketua main order je dengan anak buah. Batch saya yang lain ada juga beberapa orang pegang jawatan Pengarah LKIM Negeri Sarawak dan Pengarah LKIM Negeri Perak. 

Kalau saya stay ada peluang juga la kan tapi terpaksa mengundur diri sebab ada seorang pegawai atas saya tu menekan suruh keluar outstation walaupun saya mengandungkan Dania 8 bulan. Tak berkenan betul saya. Bila saya berhenti, nak add saya jadi kawan dalam facebook memang saya delete awal-awal request tu. Maaf ya....😅 Kisah lama la. 


Lepas tu singgah Pavilion Perak pula sebab saya ternampak putu perak. Duduk sebelah booth apam balik ni tapau sebab anakanda Dania memang suka apam balik ni. Teringat pula kat dia. 


Saya suka putu perak, putu piring dan putu bambu. Bentuk lain2 tapi tekstur macam sama je. 
Putu perak putih ni original dan hijau ni pandan. 


Kalau hari akhir ni selalunya dapat free tak pun dijual dengan harga murah pokok-pokok ni. 


Nak maghrib dah ni jadi saya dan hubby singgah solat kat Pavilion Sarawak ni tapi surau dia boleh muat 4 orang je. 


Masa lalu depan Pavilion Sabah ada orang jual latok. 


Kalau ke MAHA ni memang banyak tester kita boleh rasa. Saya merasa je tapi tak beli. Meletup dalam mulut. 


Pavilion Negeri ni membelakang dengan LKIM jadi singgah sekejap ke sini. Ada wayang pacak Sarjan Hassan la. 


Boleh duduk kat tikar ni kalau nak menonton. 


Kisah silam saya di sini.....


Dalam pada tu ambik la gambar. 


Memang tepi tasik ni kawasan LKIM. Ada sampan jual makanan kat sini yang dijual oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK). Kalau dulu saya outstation ke PNK ni memang mewah dihidangkan dengan makanan laut. 


Masa ni naik motor nak ke tempat makan tapi lalu sini dulu. Ada satu kawasan ada pancaran lampu laser. 


Belah kanan ada bulat putih di udara tu bukan bulan tapi belon. 


Bila ada pancaran laser ni nampak cantik sangat. Macam rasa ada kelip-kelip kat pokok pulak. 


Berdua....


Ada persembahan kat tempat makan ni. 


Kami plan nak makan kat sini la. Ada banyak pilihan. 


Banyak meja dan kerusi disediakan. 


Saya pilih set ikan patin dan nasi. 


Ikan patin ni baru sangat masuk dalam periuk. Saya suka bahagian ekor. 


Hubby pilih nasi ambeng. 


Lepas ni kami balik la sebab nanti nak ambik Dania balik kerja pulak. 


***Pameran MAHA pun dah berakhir....tapi kami ada pergi masa hari terakhir. Later saya update. 





XOXO,
Ezna









































Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.