Kafe estetik di Putrajaya | Inara Kafe

Dania dijadualkan kerja petang masa ni jadi since ummi dan ayah nak pergi kenduri petang ni kita bagi Dania makan kenyang dulu. 

Kami ke Ayer 8, Putrajaya. Kafe estetik ni terletak di bahagian atas. 


Susun atur kerusi dan meja. Ada juga kehadiran pasu dan pokok-pokok. 


Apa yang kami order ialah Shio Pan iaitu roti. Kami pilih yang original. Ada taburan garam di atas roti ni. 


Ubi keledek. Manis rasanya. Ada sos disediakan. 


Dania minum air tembikai lemon. 


Haaa ni lah roti Shio Pan sebelum dipotong. 


Air kopi hubby ni saya dah tau dah bentuk apa ni...kuda laut.....hehehe. Dulu pernah ada design macam ni kat Dunea Cafe tapi saya kata kalajengking (scorpion) 😅


Dania makan berat la spaghetti meatballs. 


Dekat Inara ni pun ada jual hijab juga. Kata staff dibeli dari Turki dan ada juga Inara punya hijab yang dibuat dari kilang di Turki. Harga bermula RM60/Hijab. Bakul kayu kat depan ni pula buku kanak-kanak. Kalau ada anak kecil boleh la bagi mereka baca buku ni.


Cosy je dalam kafe sebab ada banyak elemen kayu. 


Dania tak ada selera nak makan jadi balance ni nanti akan dijadikan bekal kat tempat kerja la masa rehat nanti. 


Saya dan hubby makan yang ringan je la. Kami nak pergi majlis perkahwinan pula kat Bandar Sri Damansara. 



XOXO,
Ezna


 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.