Bila ada yang berkenan......

Dania bercerita la masa kena jaga kaunter kat Watsons tu, 2 hari berturut-turut ada yang berkenan dengan warna lip balm Dania. Dania bagitahu la warna lip balm ni. Ada yang amaze sebab lip balm pun bila kena kat bibir boleh buat warna jadi cantik juga. Hari first tu siap tanya pakai apa kat bibir. Kalau hari kedua tu siap tanya pakai code warna apa?, brand apa?, kedai ada tak kat dalam IOI City Mall ni? Macam mana rupa kedainya? Jadi Dania pun reply la semua pertanyaannya sampai boleh describe kedainya warna apa dan tingkat berapa dalam IOI City Mall ni dan direction nak ke situ. Dania bab kedai dalam IOI City Mall ni dia tahu sangat. 


Jadi....saya letak la dalam story saya kat Instagram sesiapa yang boleh teka brand lip balm Dania, saya akan hadiahkan lip balm brand yang Dania pakai. Kemudian ada seorang kawan Dania yang teka betul. Dania pakai lip balm brand Innisfree code Rose Brick. Warna memang lembut je la. Dania suka warna yang tidak menonjol sangat. 

Ni lah yang saya beli. 2 lip balm Rose Brick Innisfree x Toy Story untuk kawan Dania dan 1 untuk Dania la. Jadi, saya top up kawan Dania satu face mask ni. Saya dapat free 3 Aloe face mask. Kalau beli kat Innisfree berharga RM11/piece ni. Kotak dan lip balm ini bertemakan Mr. & Mrs. Potato Head. 


Dania kata pelik sebab ada orang tanya. Ye lah kiranya barisan hadapan juga....apa yang dipakai, kadang-kadang menjadi ikutan pula jadi ni kat Watsons je....yang orang berpengaruh lainnya?. Bagaimana jika beliau portray kepada umum benda yang tak elok? Contohnya, cara berpakaian yang tidak elok, perangai yang tidak elok.....kemudian menjadi ikutan. Ikutan pula benda yang negatif....golongan muda ni yang selalunya senang terpengaruh kan...ye lah kita pun pernah muda kan....kita pun tahulah....

Fuhhh nasib baik berkenan lip balm Dania...bukan Dania....kalau berkenan Dania...ummi pening sikit la. 





XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.