Separuh jiwa pergi.....

Bila Suzz ada whatsapp saya bercerita tentang blog LM telah dikeluarkan dari blogger....saya terus la check pula blog saya. Ya Allah....terus ada ini kat dalam blog. Kemudian....Suzz kata blog saya ada balik dan saya check ada.....tak lama kemudian kat dashboard saya ada ini balik. Tak ada langsung blog post lama yang saya ada.

Memang murung ya saya semalam. Saya sempat blogwalking kat beberapa blog kawan-kawan dan selepas tu saya down sekejap. Tak tau nak cerita rasa apa tapi dalam hati saya ada rasa yang tak sedap la. 

Ada 'request review' terus saya click tu tapi berakhir kat situ ajer tak ada form untuk explain apa-apa pun. Ya lah....buang sesuka hati....tak ada masa la nak tengok reason orang pula kan?....


Rupanya ramai blogger yang senasib juga. Tak tahu la apa yang trigger kata blog saya ni 'merbahaya ada virus', suspicious agaknya sebab share aktiviti sehari-hari yang agak boring ni kan. 

Apa pun....terima kasih kepada Suzz, PH & Mulan sebab bertanya khabar kat whatsapp dan blogger-blogger yang komen dalam facebook saya....bersyukur dah dapat balik blog saya dan saya tengok ada upgrade version pula dekat dashboard ni. 





XOXO,
Ezna

 

31 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. suspen betul. dah la kita blm marathon blog kak ezna lagi. i will kak, busy rite now.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun Cie. Berderau darah. Murung semalam....

      Padam
  2. Alhmamdulillah dpt semula blog sis ni.

    BalasPadam
  3. Tiba2 jer...nasib baik dapat semula...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya secara tiba2. Nasib baik berjemaah kenanya. Kalau kita seorang mungkin juga ada kesalahan di pihak kita. Melanggar tnc mereka.

      Padam
  4. alhamdulillah...i pun tumpang risau seharian semlm..syukur blog u dh ada semula dan ok semuanya..moga2 tak de lg lah isu gini, buat org stress dan terkejut ajer..blog ni part of our life journal kan...precious sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang you. Buatkan I sedih semalam. Nak bercakap pun takde mood. I setuju kata2 you Suzz.

      Padam
  5. Alhamdulillah.. harap tidak berlaku lagi perkara begini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Risau juga kan. Mana tak panik.

      Padam
  6. Ya Allah...nasib baik ada balik Kak Ezna..saya baru tau ni, paniknyaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Sue. Nasib baik....kena cepat2 appeal. Moga tak kena lagi. Scary ya....

      Padam
  7. alhamdulillah cepat akak dapat semula..kawan2 yang lain tak tau macam mana,dah dapat semula ke tak,terbaca Kak Ret pun kena juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru je buka blog Retna....macam tak ada lagi. Ramai betul yang kena Afzan. Takut wohhhh......risau jika tak dapat balik. Dah la macam2 kita tulis.

      Padam
  8. Saya pun mangsa keadaan. Alhamdulillah dah selamat kembali.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah... rasanya hari ni dah ada semua blog yang tiba2 hilang ni...
    kalau linda pun murung juga..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah... Syukur dah ada semula. Memang dah ting tong agaknya blogger ni.

    BalasPadam
  11. Memang terkejut kannn.. dahlah dia keluar merah macam tu.

    BalasPadam
  12. Kita br blk holiday, br jenguk blog kwn2 ada terbaca yg certain blog kena remove.. Alhamdulillah dh dpt blk

    BalasPadam
  13. Kita pun jadi panic ramai yang kena semalam. Pastu petang pun ada lagi. Syukurlah dapat semula blog semuanya. Risau betul dibuatnya. Sesuka hati je dorang buat macam tu kan. At least warning dan bagitahulah apa yang silapnya. Harap tak terjadi lagilah.

    BalasPadam
  14. at least dia locked and dia kembalikan. blog lama ammi dia removed terus. kita hantar appeal pun dia buat taktau je. takde balas balik email ke apa. geram je

    BalasPadam
  15. alamak..x perasan la pulak kes ni... apa pun syukur blog ezna ok lagi kan

    BalasPadam
  16. Syukur....SA masa tu tengah lalok ubat..atas katil lagi..bila buka blog tengok tgh kecoh pasal blog kena blocked..syukur SA x kena..

    BalasPadam
  17. Mula2 igtkan blog saya tak kena, sekali bangun pagi tadi tengok dapat email dari blogger - hmm... terkena jugak! 😅 Alhamdulillah dah reinstate balik blog.

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah lega bila boleh visit semula blog kawan² yg kena remove smlm. Sy pun seharian juga jadi tak keruan semalam. Tumpang sedih dan risau takut kena juga. But alhamdulillah ramai dah dapat semula blognya. Mudah-mudahan tak jadi lagilah.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah. Syukur dapat semula. Saya pun ikut panik!

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah, lega blogspot dah reinstate semula! Terharu betul ramai blogger ambil berat. Moga bersemangat kembali berkongsi aktiviti harian!

    BalasPadam
  21. Cie pun semalam dah cuak takut kena remove terus. Nasib baik boleh dapat semula. Risau sangat2 kan.

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah dah balik. Teman2 blogger Indonesia pun kemarin kecoh. Apalagi kami sedang ada list BW utk support sesama blogger. JD saya perpanjang due date nya sampai Selasa, supaya makesure semua blog teman2 yg terkena dah normal balik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.