Movie time & makan-makan

Masa Dania off day ambil peluang la menonton movie. Tiket saya dah beli siap online sehari sebelum. Selalunya saya akan pilih seats tepi sekali. Senang nak keluar. Kali ni seats kami ni seats mengurut. Kalau nak mengurut kena bayar la. Scan QR tu dan bayar la. 


Ummi dan Dania nak menonton Spiderman : Brand New Day. 
Ingat kot tak beli pun servis mengurut, kerusi urut ni tak bergerak ke?. Tekaan salah ya. Ada 2 kali kot dia mengurut. Terasa bebola berpusing kat belakang badan. Dah ke bawah, bebola lu berpusing naik pula. Saje nak bagi kita syok kemudian kita bayar la untuk urut kita lama sikit. Dania sampai tersengih-sengih menahan geli 😅. Memang tak beli pun la.


Lepas tu kita makan la kat Secret Recipe. Lama decide nak makan kat mana sebenarnya. Order Chocolate Banana Cake. Dapat la free air teh o panas. Saya pilih English Breakfast. Keropok tu free ajer. Dia bagi sementara nak tunggu makanan utama sampai. 


Teh O dalam teko. Boleh minum 2 gelas ni jadi share dengan Dania. Rajin Secret Recipe letak cream yang berbentuk love tu. 


Tomyum kung untuk saya. Selalu saya order ni kalau ke SR. Suka sangat....pedas dia saya ok je. Boleh tahan. 


Selalu Dania order Tomyum Kung. Kali ni Mac & Cheese.


Sesekali makan kat Secret Recipe ni memang best la kan. Bukan selalu pun. 

Selalu order apa kalau ke Secret Recipe?. 




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.