Pada 17 Ogos baru-baru ni...ada pergi IOI City Mall lagi (memang kerap pergi sini pun). Ada nak tukar seluar kat Uniqlo. Tersalah ambik saiz. 😅. Masa check out tu saya guna self checkout counter je.
Haaa kat bawah ni self check out counter.
Kalau nak tukar pakaian kat Uniqlo :
1. Pastikan ada resit. Kalau guna self check out counter, boleh tunjuk kat apps Uniqlo pembelian kita kat staff Uniqlo.
2. Tag kat seluar / baju tak dibuka macam tag harga putih tu.
3. Staff Uniqlo akan issue resit yang baru dan kita pun dapatlah pakaian yang baru.
***Seluar saya ni nampak macam cerah tapi sebenarnya warnanya gelap. More to maroon. Kita pakai warna gelap-gelap la kan...
Singgah la jalan-jalan dalam IOI City Mall dengan Dania. Masuk JD Sports ni ada baju untuk kucing / anjing jenama Adidas. Ada juga jual collar kucing dan anjing.
Ni beg kucing ni. Nak bawa ke Vet ke jalan-jalan ke. Harganya pun....
Ni kat deco kat dalam mall. Ambik la gambar Dania ya.
Selain tu, kami ke sini nak menonton Movie. Sebelum tu jalan-jalan window shopping. Nampak Calaqisya x Machino. Comel la kasut berjalur ni.
Warna perang.
Warna merah jambu.
Ni semua kasut yang diperagakan. Mesti ada signature bunga tu nama Hana. Semua ni kolaborasi Qalaqisya x Machino.
Lepas tu makan dulu la sebab saya saje-saje pilih slot movie jam 2.40 petang supaya takdelah kelam kabut sangat. Boleh buat benda lain dulu. Kami makan kat Jollibee Malaysia. Jap lagi movie nya 3 jam 😅
Lepas makan...solat dulu kat surau baru yang pada hari jumaat buat solat jumaat kat sini.
Barulah kami ke GSC East (tempat baru).
Tiket dan popcorn dah beli online sehari sebelum jadi tunjuk QR code ajer. Jadi ni kita pick up ajer.
Jadi tengok movie apa dengan Dania ni? Kami tengok Odyssey. Review dia kat post yang lain pulak la. 2 movie bulan Ogos ni Dania ajak ummi tengok.....Spider-Man dan Odyssey. Jadi dua ni dah cover ya Dania.
Kali ni kerusi kat dalam hall ni bukan kerusi mengurut macam kami tengok Spider-Man tu. Pernah juga masuk hall kat GSC ni yang berbau Softlan. Rupa-rupanya tengah promote Soflan jadi bau hall ni wangi je. Tak ingat masa tu menonton movie apa.
Lepas tengok Odyssey tak ada jalan-jalan dah kat sini. Balik terus ajer.
Ada yang dah menonton Odyssey?. Pelakon Zendaya dan Tom Holland pun ada dalam movie ni.
XOXO,
Ezna













Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.