Photo : Google
Saya ada menonton la movie ni dengan Dania masa Dania off day.
Movie ni dilakonkan oleh :
Tom Holland sebagai Peter Parker / Spider-Man
Zendaya sebagai MJ
John Bernthal sebagai Frank Castle
Jacob Batalon sebagai Ned
Sadie Sink sebagai Jean Gray
Mark Ruffalo sebagai Bruce Banner / Hulk
Kisahnya bermula bila dunia telah melupakan Spider-man dek kerana magic spell dari Dr. Strange. Spider-Man nak melindungi teman wanitanya iaitu MJ. Dalam movie ni ada watak seorang wanita X Men iaitu Jean Gray yang ingin menuntut bela atas kematian kakaknya. Jean Grey ini kalau tengok movie X Men mempunyai kuasa telepati yang kuat. Oleh itu, beliau menggunakan kuasanya untuk mencari V-Max.
Apakah V-Max itu?. Kakaknya, Sara yang mempunyai kuasa yang sama telah diculik oleh Department of Damage Control (DODC) dan telepati yang diterima daripada kakaknya sebelum kakaknya menghembuskan nafas terakhir ialah tulisan V-Max. Kakaknya diculik disebabkan dia mempunyai kuasa luar biasa (telepati). Jikalau anda menonton siri Stranger Things pula kuasa dalam siri ini pula seakan ditonjolkan di dalam movie Spider-Man dimana kuasa itu akan merasuk individu untuk buat perkara yang disuruh Jean Grey kemudian boleh berpindah pula kepada individu yang lain. Watak Jean Grey pula dilakonkan oleh pelakon yang berlakon dalam siri Stranger Things.
Bila Spider-Man tahu tentang kewujudan dan kuasa Jean Gray, beliau telah berjumpa dengan Professor di sebuah universiti iaitu Bruce Banner untuk mendapatkan nasihat tentang kuasa telepati. Ada insiden di mana Jean Gray menggunakan kuasa telepatinya terhadap Bruce Banner yang akhirnya bertukar kepada Hulk untuk menawan Department of Damage Control.
Ada juga babak MJ membaca surat dari Spider-Man tentang dirinya sebagai kekasih Spider-Man tetapi MJ telah terlupa mengenainya dan menjemput Spider-Man ke kediamannya dengan Ned iaitu kawan baik Spider-Man. MJ dapat menyaksikan keakraban Spider-Man dan Ned yang natural. Tidak dibuat-buat. Macam tak try hard la.
Apa yang terjadi seterusnya?. Kenalah menontonnya.
Berapa star ya? Saya beri 4/5 star ya. Ingatkan movie ni mengantuk tapi sepanjang menontonnya saya tak rasa mengantuk pun. Ye lah movie dia nak dekat 3 jam la. Plot ke plot tu buatkan kita nak tahu apa yang terjadi selepasnya dan lagi...dan lagi..... Movie dalam siri Marvel ni selalunya akan ada beberapa watak dalam movienya. Watak Bruce Banner dalam Hulk, Watak Jean Grey dalam X-Men dan Yelena dalam Thunderbolt.
Ada yang dah menontonnya? Best tak bagi you alls?.
Oh ya...kisah realitinya....Spider-Man telah berjumpa MJ-nya. Pelakon Spider-Man, Tom Holland telah berkahwin dengan watak MJ iaitu Zendaya.


hari tu masa u komen kat blog i, zendaya tu kawin dgn tom holland, gigih i google hahhah dan nmpk zendaya ni taller than tom, so i google jugak their height ;) i tak tgk citer xmen so memang tak tahu kewujudan watak jean gray dgn kuasa telepati tu
BalasPadamGigih you....I tau pun sebab Dania yang bagitau. Derang kahwin senyap2 je. Oh you tak tengok X-Men....tapi bila ada nama Jean Grey ni memang I perasan la eh citer X-Men ke? Power dia kuat dalam citer tu.
PadamSukaaa dengan pasangan ini. Saya belum tonton film nya kak. Waktu itu Raka nonton dengan anak bungsu. Saya pula malas sebab malam. Dah dipastikan saya akan tertidur hahahahah. Makanya nak cari waktu lah, nonton dengan fylly, atau tunggu sampai masuk Netflix ðŸ¤ðŸ¤
BalasPadamBelum tengok lagi cerita ini .. dan nak ke pawagam tu mcm tak nampak jalan nya huhu..
BalasPadamAda hulk dan thunderbolt tu yg seronok nak tengok ni
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.