Tempat kerja Dania nak buat potluck jadinya ada seorang kakak dah tanya Dania nak bawa apa sebab selalu nampak Dania bawa bekal.
Satu pagi tu kami ke pasar di bangi. Mencari la udang nak buat potluck nanti.
Dah jumpa udang bersaiz sederhana.
Mulanya nak masak mi sanggul tapi mi sanggul ni susah juga la nak jumpa. Nampak makaroni....ok lah kita buat makaroni je lah. Siap pack dalam 8 bekas bulat ni. Kalau nak bawa banyak-banyak kesian pula anak dara tu ya. Lagi pun potluck namanya. Bawalah seorang sedikit kan. Dah tentu banyak makanan yang dibawa. Dengar cerita ada yang nak bawa kuaytiaw goreng, kek coklat, buah-buahan, puding roti, koktel, ayam lemon, sate dan lain-lain lagi.
Saya masukkan udang, sotong, telur dan sayur sawi dalam makaroni ni. Macam buat nak makan sendiri je sebab bahan-bahan banyak juga. Buat dalam 1 1/2 paket juga makaroni ni. Rasa pedas dia mild je la. Guna cili kering.
Siap sediakan juga sudu dan garfu plastik.
Pinggan kertas pun ada.
Nasib baik muat dalam 1 paper bag ni. Makanan Dania yang sama juga letak siap-siap dalam mangkuk tingkat la. Mangkuk tingkat tu juga boleh la makan makanan yang lain dalam tu juga.
Baru kerja dah ada potluck ni.....seronok juga kan?.
XOXO,
Ezna







Best, seronok potluck ni. Boleh bertambah mesra makan sama2
BalasPadamSeronok dapat makan2 ramai2
BalasPadamsesekali seronok pot luck kat office
BalasPadamSesekali berpotluck. Good idea juga bawa macaroni goreng. Macam-macam rencah ada tu.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.