F1 ke KLCC

Lepas ke Dunea, dah dekat dah nak ke KLCC. Jadi kami ke KLCC pulak. Solat Maghrib dalam surau KLCC....fuhhh mencabar sebab ramai betul orang. Masa pendek kan....pandai-pandai la menyelit ya. 😅

Selesai solat, jalan-jalan dalam Suria KLCC ni dan masuk Puma. Puma ada kolaborasi dengan team F1 kegemaran Dania iaitu Ferrari ya. 

Dania pakai topi team favourite. 


Apa yang istimewanya topi ni ialah ada nombor 16 iaitu nombor pemandu F1 bernama Charles Leclerc. Ada juga topi ni yang tak ada nombor 16. 


Ambil gambar Charles dalam Puma ni. Ada juga seleksi T Shirt merah team Ferrari juga. Charles ni Dania pilih skill ke sebab rupa? Hmmmm....


T Shirt belah kiri warna cerah tu T Shirt team Ferrari kat Singapore GP. Limited Edition ya. Kalau tengok dekat ada corak bunga. Cantik jugak sebenarnya. 


Team McLaren pun ada. Topi warna jingga. Dania beli topi F1 x Puma. Guna duit kerja. At least duit kerja ada benda yang dibeli kan. Hasil titik peluh sendiri lagi puas hati. Harga topi ni pun tak murah ya sebab kolaborasi dengan F1. 


Kami nak makan kat food court dalam KLCC ni. Banyak pilihan kan....memang akan lalu la Calvin Klein. Apa lagi ambik gambar la dengan Jung Kook ni. 


Lagi gambar. Senonoh sikit la tapi dalam Calvin Klein macam hmmmm.....tu yang tak ambik gambar dalam Calvin Klein tu. Kalau kat IOI City Mall tak ada gambar yang kat dalam. Gambar luar kat IOI City Mall berbeza dari yang ini. 


Kat food court ni masing-masing boleh pilih nak makan apa. Dania pilih order kat Dubuyo. Set datang dengan semua ni. 


Shrimp vietnam roll dari MyViets. 


Hubby pilih mi mamak kat Hameeds. 


Dania suruh ayah pakai topi Ferrari Kit Kat bila tengok F1. Topi ni Dania punya. Hmmm handsome ayah daripada Charles lagi Dania. Hehe. Siapa lagi nak puji suami kalau tak isterinya. 😁


Dah kenyang, tak tunggu lama pun kami terus balik sebab keesokannya Dania kerja tapi syif petang. 




XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.