Hubby ni suka tengok youtuber yang makan-makan ni. Suka tengok satu hal. Lepas tu nak makan pula makanan yang direview.
Kali ni kami minum petang jauh sikit di Kg. Baru nun. Hehe. Kat mana? Di Dunea Cafe.
Kat Dunea ni terkenal dengan Mango Cheese Cake dia. Kalau teringin nak makan mango cheese cake ni...orang KL/Selangor boleh la ke sini.
Kedainya kat bahagian bawah. Ni sebenarnya macam rumah banglo dua tingkat ni.
Ada tempat juga kalau nak makan kat luar.
Satu je yang tak best kat sini ialah nak cari parking. Boleh je parking tepi jalan macam ni tapi jalannya agak sempit dan trafik dua hala ya....kami parking jauh sikit kat pekarangan kedai makan yang tutup jadi parking situ lagi selamat dari parking tepi jalan macam ni.
Dunea ni pun kedainya takdelah besar tapi ok lah janji boleh duduk dan ada mejanya.
Kat kaunter untuk order dan bayar.
Mulanya meja kami tepi dinding tu je tapi sesuai untuk dua orang ajer. Jadi beralih ke sebelah sini yang lebih sesuai untuk 3 orang.
Coffee hubby dengan ukiran.....apa tu? Saya kata scorpion ke?. Salah.....kuda laut la gais. Maaf ya....tersilap teka la. Siap berkepak lagi haaa...mana la nak cam....kalau kuda yang berkepak tu Unicorn je.
Air saya pula Lemon Ginger tapi air ni kan ala ala herbal tea dan baunya ala ala bau minyak aromaterapi mengurut tu. Kalau sesiapa yang suka teh herba boleh cuba, kalau tak suka skip la. Dalam tak suka tu habis juga la air saya. Mango Cheese Cake ni memang sedap. Rasanya tak manis ya. Saya suka.
Beli juga mushroom soup dengan ada 3 garlic bread. Memang satu set ni. Sedap mushroom soup ni.
Dania pilih air Strawberry Matcha.
Alamat Dunea Cafe :
32A, Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Lalu Rembayung pula. Hmmm bila nak dapat slot ni. Tak pernah ada slot kosong pun. Selalu jumpa yang take away je.
Lalu bawah Saloma Bridge.
Berlampu-lampu dia ya.
Kami menuju ke?.....jeng jeng.....nanti saya update.
XOXO,
Ezna






Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.