Dania kerja, ummi dan ayahnya shopping

Dania kena masuk petang jadi kami decide pergi awal ke IOI City Mall dan solat kat surau baru yang besar kat sini. Hubby drop kan saya dan Dania dulu dan kami solat kat surau dulu. Hubby mencari parking. 

Ada 20 minit masa lebih sebelum Dania nak kena masuk kerja jadi jalan kejap la berdekatan dengan Watsons Dania tu. Masuk Vincci. 

Nampak ada kolaborasi dengan BT21. Ni beg warna pink dengan kartun BT21. 


Ni bucket hat BT21 tapi Dania kata warna dia cerah nanti cepat kotor. 


Sempat lagi tu betulkan tudung kat cermin. Siap-siap kemaskan apa yang patut sebab briefing nanti management check nanti penampilan. Semua kena scan dek mata management 😅. Pakai stokin ke tak, scan seluar nak tengok bukan seluar corduroy, jeans dan cargo, baju bergosok ke tak, kuku kena pendek, tudung kena kemas. 


Hantar Dania sampai escalator je. Dania naik sorang2. Whatsapp hubby kat mana?....baru selesai solat katanya. Plan sama-sama nak pergi beli groceries. Saya cadangkan ke AEON pula sebab kulit dumpling tu hanya ada di AEON.


Memang banyak pilihan sayur kat sini berbanding kat Lotus. Ada beli sayur asparagus kat sini....hubby sibuk cari kucainya tu. 😅. Sayur lain la pulak ya. 


Hubby nampak ikan Salmon yang nampak macam fresh dari Norway ni terus nak beli. Kami suka buat grill. 


Ambik yang belah kanan ni 3 keping. 


Nampak ketam kat bahagian sini pula....


Teringin saya nak makan Snow Crab ni. 100g harganya RM4.59. Jadi jom la cuba ya. Hubby ni selalunya kalau isterinya teringin...seboleh-bolehnya hubby akan cuba penuhi permintaannya. Terima kasih hubby!. Cuba beli seekor dulu. 

Siap google resipi apa yang ngam. Boleh cuba kukus / rebus ketam ni dengan brokoli. Kemudian ketam ni makan la dengan sos. Nanti saya google la nak makan dengan sos apa....boleh buat nanti. Harga ketam ni seekor dalam RM7++. Boleh la nak merasa kan...


Nampak ada wagyu halal dari Australia juga dan harga dari RM39++ ke atas. 


Saya bawa shopping bag sendiri dan bayar kat check out counter. Last sekali mesin ni  ada pilihan nak cetak resit atau tak. Pilih cetak sebab.....

Saya pilih cetak resit sebab sebelum keluar ada guard nak cop resit kita. You bagi pilihan....tapi end up macam mana kalau customer pilih tak cetak resit??. Saya dah nampak masa pertama kali beli kulit dumpling kat sini. Nampak guard cop kat resit. 😅


Nak keluar guard tu pun cop. Gitulah ya...lepas tu keluar je AEON, hubby kata jom minum dulu....sebelum keluar IOI City Mall ni la. Nanti saya update post selepas ni. 




XOXO,
Ezna






 

15 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Cantik topi tu Dania pakai.. Sy pun suka beli salmon dekat Aeon, fresh sikit compared to other supermarket

    BalasPadam
  2. Murah jugak snow crab tu ye. Kalau 1kg, baru RM40+. Sampai kat kedai makan jadi beratus-ratus harganya 😅.

    Kadang2 saya suka jugak shopping kat AEON. Saya selalu pilih taknak cetak resit sbb malas nak pegang kertas berjela2 panjang hehe. Nanti akan keluar sekeping kertas ada kod QR. Guard akan scan QR code tu dan keluar la resit digital kat skrin.

    BalasPadam
  3. beg shopping ni, kadang2 memang spare je dalam kete la, dalam handbag pun kadang2 ada.. hihihi.. senang nak beli barang

    BalasPadam
  4. nanti u review yer ezz, ketam tu ok tak...i suka ketam...terliur tgk ketam tu nmpk sedap dan comel

    BalasPadam
  5. Seronoknya shopping barang dapur di AEON IOI City Mall!

    BalasPadam
  6. Strict betul check semua segala bagai. Bagus jugalah begitu sebab nanti nampaklah penampilan staff terjaga.
    Seronoknya shopping barang basah segar-segar. Tak pernah lagi makan snow crab. Macam viral juga orang jual kan. Alhamdulillah husband memahami dan rajin tunaikan permintaan isteri. Seronok tu! Dah macam Mydin juga kena cop resit ek.

    BalasPadam
  7. aeon memang seronok shopping groceries ni, aah kan kalau kak ana pun akan pilih print resit malas lah pula nak buka phone nak check resit oleh pak guard tu kan :)

    BalasPadam
  8. Geram tengok sayur2 tu macam2 jenis ada.

    BalasPadam
  9. Dah few times nak try ke Aeon tapi semua malas sebab selalu parking dekat Lotus hehe. Wahh fresh nampak ikan dll.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah dah boleh masuk blog sis Ezna! 👏🏻👏🏻

    BalasPadam
  11. Syukur ezz blog u dh ok😍❤️🤲

    BalasPadam
  12. dating2 la while dania gi keja kannn

    BalasPadam
  13. Dulu pernah beli Alaska snow crab di Hakodate , harganya kalau utuh 20,000 yen 😅🤣🤣. Memang tak nak lah. Tp kalau kakinya saja yen7000. Jadi saya beli kakinya saja, itupun besar2 dan tebal dagingnya. Oleh mereka hanya di rebus saja. Tp daging manis dan sedap 😍. Rindu makan itu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.