Tak ingat macam mana boleh tersampai kat Restoran Serai ni nak makan tengahari. Haaa...mulanya nak makan kat Sg. Kantan tu tapi Restoran yang kami nak pergi tu tutup. Ni cari dalam google je ni.
Restoran ni menghidangkan lauk-pauk beraneka macam.
Ambil tempoyak. Pembuka selera ni. Cicah dengan kobis, kacang panjang dan timun. Haaa tempoyak ni just nice manis dan pedas dia. Takde la manis sangat. Kena pedas yang mendominasi. 😋
Satu senduk sambal tumis udang petai.
Makanan yang kami makan beserta dengan air. Saya ada juga ambil ikan masin seekor tapi bersaiz kecil.
Jom tengok lauk pauk kat Restoran Serai ni. Ni ikan tilapia ni.
Lauk ni saya ada ambik ni.
Banyak pilihan dan masak lemak ke sambal?.
Masa ni memang time makan tengahari jadi ramai juga cumanya ada je meja kosong untuk kami.
Banyak juga lauk-pauk kat sini jadi boleh la pilih yang mana kena dengan tekak kan....
So far lauk yang saya ambik kena dengan tekak. Sedap dan ada rasa. Kenapa saya letak tajuk Restoran Serai Part 1?. Lepas ni ada Part 2 pula.
Restoran Serai beralamat di :
PT 74908 Jalan Simpang Balak Off Jalan Cheras Batu 13, Kampung Sungai Balak, 43000 Kajang, Selangor
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.