Makan di Medan Selera Tasik Sri Serdang

Medan selera ni memang terletak kat tepi tasik pun. Jadi, bila makan...viewnya tasik. 


Kirinya Medan Selera dan kanan ni tasik. Ada laluan untuk pejalan kaki dan orang beriadah. 


Medan seleranya cantik la compare dengan sebelum ni yang dah laih sangat. 


Sambil makan, anak-anak boleh bermain la kat taman permainan berdekatan. 


Apa yang kami order?
Roti canai untuk saya. Rotinya lembut sangat. 


Dania pilih roti pisang. 


Hubby roti telur bawang. Kami ni memang satu keluarga suka bawang sebenarnya. Saya kadang order roti ni tapi selang seli la. 


Bawa juga notanya...nak jeling sebelum masuk dewan peperiksaan. Semester empat ni Dania pergi awal sangat bersedia kat fakulti sebelum peperiksaan. Selalunya dah ada kat fakulti 1 jam lebih sebelum. Ada diskusi juga dengan kawan-kawan. Sebelum ni semester yang lain selalunya 30 minit sebelum dah ada kar fakulti tu. Tapi....sejam sebelum ke, 30 minit sebelum ke...kalau peperiksaan akhir ni memang akan datang seawal yang mungkin la. 


Ni kisah minggu lepas la ni. Minggu ni satu paper je dan lepas tu selesai. Insya Allah. Minggu peperiksaan akhir ni nota ni selalunya tak tinggal la. Cara girls selalunya macam ni kan....


Moga baik-baik ajer nanti ya Dania. 




XOXO,
Ezna

 

6 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. memang nampak lembut sungguh roti canai tu ezz...dh nak abih exam dania tu..moga dpt score deans list..aamin!!

    BalasPadam
  2. semoga Dania tenang2 je menduduki peperiksaan... good luck

    BalasPadam
  3. Cantik baju Dania, sweet sesuai dgn orangnya.
    Best lokasi medan selera ni. Bertambah selera makan bila persekitaran cantik dan terjaga.
    Good luck Dania

    BalasPadam
  4. Semoga Dania dpt jawab semua soalan dgn tenang.Amin

    BalasPadam
  5. Semoga Dania dapat jawab soalan exam dengan baik n tenang, Aamiin...

    BalasPadam
  6. Best jugak makan tempat macam ni, sambil makan sambil cuci mata tengok pemandangan tasik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.