Seronok me time ni. Boleh kemana sahaja tanpa terikat dengan sesiapa.
Kali ni saya masuk Muji ni. Suka juga masuk sini.
Baju tidur kat Muji ni dalam kategori mahal juga bagi saya. Brand ni pun brand dari Jepun.
Fesyen baju display.
Ni pakai serkup je ni sebab lehernya nampak.
Meh tengok harga ya....untuk seluar gambar bawah....
Selesa betul fabrik cotton ni. Design macam ni kalau kat Uniqlo harga RM59.90. Kalau warna hijau RM49.90. Uniqlo punya fabrik linen.
Seleksi baju pula. Fabrik dia saya suka. Harga je saya tak suka. Hehe.
Skirt pula. Macam-macam juga dijual di Muji ni. Bukan pakaian sahaja. Perabot pun ada ya.
Lepas Muji, pergi ke Madam Croffle makan Croffle perisa original. Makan sekeping....sekeping lagi tapau je la.
Seronok window shopping ni, cuci mata sahaja....poket tak cuci. Hehe.
XOXO,
Ezna









Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.