Saya nak hantar parcel je pun tapi Dania nak ikut. Bosan la kot asyik mengadap screen IPad tu je baca lecture notes. Sekarang ni Dania tengah cuti 'study week'. Jadi, Dania kena pangku kotak la ya. Kotak besar tapi takdelah berat sangat.
Ok...siap hantar dah pun. Kena siap-siap install aps Pos Malaysia dan key in alamat semua. Tiba kat kaunter scan je QR dan sticker alamat pun keluar dan saya tampal kat kotak.
***Dah tiba dah parcel kat penerima setakat blog post ni ditulis. Alhamdulilah.

Lepas tu singgah Petronas nak membeli. Ni diantara jajan menarik dalam Petronas ni. Kuih siputnya sedap.
Macam-macam la ada rempeyek la....etc...
Kuih bahulu pun ada. Pernah la beli kuih bahulu kat Petronas dan ternyata sedap. Cicah kopi ke teh tu memang ngam la.
Kalau beli popcorn ni boleh share ramai ni. Punyalah besar.
Nak mencari sambal pun ada kat Petronas ni. Boleh terus makan.
Fauziah Ghous punya produk. Masa saya masuk Roda Impian masa Kieran jadi hos, Fauziah Ghous ni la pembuka papan huruf. Time tu Fauziah free hair lagi. Saya putar lagi.....hehehe. Time tu saya cuma dapat masuk final je. Lepas tu tak menang dah. 😅
Menarik betul ada masak merah pulak ni. Ready to eat pulak tu.
Dania makan ice cream Kit Kat.
Saya pula ice cream Cadbury.
Lepas tu baru la balik rumah. Boleh la Dania keluar rumah kejap dan lupakan pasal study ni. Dah balik, sambung balik. Next week bermulanya paper final Dania. Ada 4 paper next week. The week after 1 paper je. Kemudian selesailah sem 4 ni.
XOXO,
Ezna










Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.