Ini pertama kali saya beli barang kat Temu ni. You alls pernah beli ke barang kat sini?
Bila barangnya tiba alahai keciknya sampul kurier.
Beli keychain comel ni bentuk 💗. Rasanya sesuai letak kat zip sebab saiz dia comel je. Harga dalam RM4 lebih dapat 10 keychain dan 10 kad ni. Saya beli ni 4 set.
Sticker BT21. Banyak sticker ni dalam 498 sticker dalam satu gulung ni. Harganya dalam RM5 lebih. Boleh bayar pakai TNG e wallet tu yang best tu. Kemudian postage fees saya free je.
Semua ni nanti akan diberikan sebagai freebies.
Photo card ni Dania dapat sebagai hadiah tapi memang dok tersimpan je jadi Dania kata nak giveaway kan je. Banyak juga jadi dijadikan sebanyak 40 set. Ada sticker juga.
Ni dah masukkan dalam plastik siap-siap bersama photo card. Setiap satu plastik ni ada photo card, keychain, dan sticker BT21 character ni ada 10. Comel je sticker ni.
Ini pula tin popcorn. Akan giveaway pada.......jeng jeng....besar dan puas hati la. Hanya peminat je yang faham kalau dapat ni.
Besar juga bekas tin popcorn ni ya. Macam-macam boleh isi dalam ni. Diperbuat daripada tin dan keras la. Ni bukan beli kat Temu tapi kat tempat lain. Dania pun ada satu. Saya beli siap-siap untuk birthday kemudian masuk hadiah yang lain dalam ni. Kalau tengok tempat saya beli tu dah sold out dah.
Seronok bagi hadiah kecik-kecik ni pun. Dania pun tolong masukkan freebies dalam plastik. Memang dia suka tugas ni macam masukkan duit raya dalam sampul.
Harap-harap mereka yang dapat ni suka lah. 😍
XOXO,
Ezna








Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.