World Cup 2026 baru je selesai menyaksikan Sepanyol menjadi juara.
Ada beberapa artis juga membuat persembahan ketika half time tu iatu Madonna, Syakira, Justin Bieber dan BTS.....bila tanya hubby yang menonton perlawanan akhir diantara Sepanyol dan Argentina tu....ada tengok BTS ke? Katanya hanya tengok perlawanan je....persembahan tak tengok pun 😆. Saya memang tak menonton ya. Apatah lagi jam 3 pagi perlawanannya. Dah 😴 dah ni.
Jung Kook merupakan salah seorang artis Asia yang membuat persembahan di World Cup Final ni sebanyak 2 kali. Sebelum ni perform di World Cup Qatar. Jung Kook dalam gambar di bawah yang pegang bola tu.
Dari kiri V, Suga, RM, Jung Kook, Jin, Jimin dan J-Hope.
Credit : Google
Mereka mempersembahkan lagu Dynamite.
Credit : Google
Ternampak la dalam Tik Tok bila anggota BTS ni melayan anak-anak kecil ni untuk bergambar dan sign autograph. Selalunya mereka ni media portray yang baik-baik ajer la. Down to earth dan menghormati mereka yang lain walaupun mereka ni dah ada nama besar. Tu lah agaknya mereka ni disayangi oleh BTS Army (Peminat BTS dipanggil Army) di seluruh dunia. Sekarang ni mereka pun baru je selesai siri jelajah concert mereka di Eropah sebelum ke continent yang lain.
Credit : Google
BTS pernah juga berucap di United Nation di New York, USA pada tahun 2018 untuk kempen ENDviolence dan kempen Love Myself bersama UNICEF. End Violence ni kempen menamatkan keganasan, penderaan, dan pembuli terhadap kanak-kanak. Kempen ini memberi tumpuan khusus untuk memastikan kanak-kanak selamat di sekolah dan persekitaran pembelajaran mereka
Pada September 2020 semasa kemuncak pandemik COVID-19, kumpulan ini tampil menyampaikan mesej harapan kepada generasi muda di seluruh dunia supaya terus kuat dan tidak berputus asa menghadapi cabaran. Zaman Dania time tu yang tak pergi sekolah dan banyak online je kelas di sekolah. Dah la nak SPM pula tu.
Pada September 2021, BTS dilantik sebagai duta khas Presiden Korea dan menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan mereka menyampaikan ucapan tentang krisis iklim global dalam acara Sustainable Development Goals (SDG).
Kuat betul pengaruh mereka. Takkan la senang-senang je kena jemput ke PBB tu kan....bermula dengan duduk bilik yang kecik kongsi 7 orang, dengan bagi tiket free di jalanan menonton concert mereka, makan catu je dengan hanya makan mi sahaja, bermula dengan syarikat rakaman kecik je. Orang lain di Korea pada mulanya bila mereka ada pada satu-satu majlis, mereka tidak diberikan perhatian pun.
Hasil kerja keras mereka sehinggalah mereka sekarang dan setiap kali concert tetap la tunduk dan mengatakan terima kasih. Mungkin peribahasa 'ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk'. Mana yang baik yang boleh dicontohi kita ambil la pengajarannya.
XOXO,
Ezna



oo ada BTS jugak lah yer...i dok nampak org share yg video shakira tu jer :) famous seluruh dunia lah apa2 benda yg berkaitan dgn world cup ni...so kena tunggu another 4 yrs utk next world cup..moga2 pnjg umur kita insya Allah
BalasPadamtisya mmg tgk bola dr jam 3 pagi sbb nk tgk BTS. perform juga..kita tido lg time ni..hujung perlawanan br bgn tgk bola time nk sahur smlm
BalasPadamSy bgn jam 5.30 pagi mcm biasa aje sis. =D
BalasPadamBukan peminat BTS tapi kagum jugak baca cerita tentang dieorg ni bermula dari bawah dan tetap humble walaupun dah jadi terkenal satu dunia.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.