Masa kuliah terakhir Dania sem 4 ni, saya ada cerita yang saya ada teman Dania cari kerja part time di IOI City Mall. Ada yang panggil interview iaitu company Lush tapi Dania tak pergi ya. Kemudian ada whatsapp balasan dari company Sembonia juga suruh hantar details.
Diantara company yang Dania apply / tanya ialah F.O.S, Sembonia, Lush, Watsons, Brand Outlets, Bayu Somerset, Baskin Robbins, HLA, Decathlon, Muji, Al Ikhsan, Abbie & Friends, Guess bag dalam Parkson.
Ada yang Part time dah penuh, ada yang kena email, ada yang nak pakai orang cepat dan akhirnya seminggu lepas mencari pada 10 Julai 2026 (cari kerja part time pada 3 Julai 2026)...Dania dapat whatsapp kata boleh lapor diri pada 22 Julai 2026. Sehari lepas Dania selesai final exam. Ingat mungkin la start awal Ogos kan. Tak ya....22 Julai 2026 dah kena masuk kerja. Dania habis paper pada 21 Julai 2026.
Jadi ni saya nak top up sehelai seluar untuk Dania pakai masa part time dan boleh pakai masa ke kuliah dan jalan-jalan. Kena beli yang sesuai la untuk semua. Dapatlah sehelai seluar cargo kain linen. Selesa la fabriknya pun. Kali ni dress code kena baju hitam, seluar warna apa-apa pun boleh dan tudung hitam. Kasut kena bertutup. Setiap kali kerja part time kena tengok la dress code dia. Macam tahun lepas kat Parkson warna hitam dari tudung, blouse sampai ke seluar.
Patut la kasut sebelah Bethany Roma tak whatsapp balik, dah ada part time nampaknya tu. Siap skodeng lagi ha....
Kita setuju yang kita dapat offer dulu sebab kalau nak tunggu-tunggu takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Lagi pun offer yang datang pun best juga. Paling tinggi so far yang dibayar jika dibandingkan dengan part time sebelum ni. Nanti saya update la kat mana Dania kerja part time tahun ni.
Jadi, boleh la bagi sepenuh perhatian pada final exam nanti. Oh ya....Dania mula first paper hari ni. Moga Allah mudah semuanya buat Dania.
XOXO,
Ezna


Inshaallah, moga semuanya dipermduahkan buat Dania..
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.