Subang ni kan.....saya pernah la cerita saya hilang satu subang sebelum ni dan dah selamat tukar dah kan?....post kat sini Siap dah tukarkan dengan subang baru. Dan.....baru-baru ni hubby terjumpa satu subang atas katil. Kenapa sebelum ni tak jumpa??? Elok je jumpanya pun. Hmmmm....nampaknya nak kena jual la subangnya kan....
Subang yang hilang ni Habib jadi sajelah tanya harga dan akhirnya saya jual balik sepasang subang bulat saya tu dan 1 subang yang hubby jumpa tu. Subang bulat tu kiranya baru juga tapi saya beli bukan kat Habib.
Alhamdulilah, dapat yang baru sepasang subang dari Habib dan dapat juga lebihan duit. Pattern subang ni pun simple je bergaris. Kecik je. Saya suka bila pakai kat telinga tu macam tak terasa pun pakai subang.
Dania dan ayahnya ke Lotus masa ni. Ada barang yang nak dibeli dan Dania nampak F1 Kit Kat ni. Memang mencari tapi hari ni baru jumpa. Ada cap F1 dan Kit Kat la of course. Dania cerita la kawan dia Khai (Khairiah) pun mencari juga F1 Kit Kat ni tapi tak jumpa. Disebabkan dah jumpa kat Lotus sini dan ummi pun tengah happy....ummi belanja la Khai set Kit Kat ni. Ummi siap telefon ummi Khai (Ummi Khai ni kawan saya masa sekolah menengah). Ingat nak pos je sebab saya mintak alamat. Asma kata nanti biarlah Khai je ambik dari Dania.
Jadi 2 kotak la beli dan posing pun dalam Habib. Hehehe. Hmmm dengan ubat giginya lagi 😆. Nasib baik la salesgirl ni melayan je la.....tunggu kejap sebelum nak deal pembelian.
Ni lah kotaknya. Lama juga la Dania cari tapi tak jumpa. Siapa lagi yang minat F1 ni?.
Masa ni kat tengah IOI City Mall ni tengah promo Habib ni. Tumpang la kat kerusi berbunga sana sini ni. Tunggu hubby kat sini. Hubby pergi tingkat atas sekali survey keyboard laptop untuk saya.
Alhamdulilah untuk semuanya...
XOXO,
Ezna




Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.