Kali ni kami repeat lagi ke Ladang Rusa Dengkil ni. Kali ni ada Dania sekali sebab masa pergi breakfast sebelum ni Dania ada event kat Aswara dengan kawan-kawan.
Kari rusa tiba dulu.
Kawasan sebelah ada bela angsa. Angsa ni garang kan?.
Minuman pun tiba. Nescafe tarik, air kosong dan teh o suam.
Roti kahwin hubby punya. Dia ingat sebelah lain, rupanya dua roti berbeza. Roti canai dan roti telur.
Saya pilih roti telur bawang.
Dania roti pisang.
Sate rusa 5 cucuk. Makan panas-panas sedap.
Nak duduk kat tong macam ni pun boleh ya.
Aktiviti selepas breakfast mestilah bagi makan kambing dan rusa.
Rusa keluarkan tengkuknya yang panjang. Bakul Dania bawa tu harganya RM5 satu bakul. Puas la nak menyuap rusa dan kambing ni.
Dania cuba nak bagi makan anak rusa. Kesian kena tolak dengan rusa dewasa.
Kambing pun nak jugak.
Comel betul la kambing pygmy ni.
Saya punya makanan takde ke?.
Tengok dan mengikut je kalau bawa bakul makanan.
Sebelum sampai jalan besar, kita cari rumah achik jual rambutan. Sebelum ni beli kat sini jugak. Rambutan hubby tunjuk tu rambutan seedless. Merah menyala warnanya. Rasanya masam manis.
RM10 satu longgok ni. Kali ni kami beli rambutan takde biji pula tapi rasanya ada masam dan manis tak macam sebelum ni rambutan merah ada biji tu manis sangat. Ingat jambu batu, anggur, tembikai je ada yang seedless tapi rambutan pun ada.
Kalau nak ke sini boleh je waze Ladang Rusa Dengkil.
XOXO,
Ezna


















Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.