Perjalanan menaiki ETS ni bermula 1 Jun 2026 jam 6.45 pagi bertolak ke Putrajaya Sentral untuk menaiki train ERL ke KL Sentral. Kami naik ERL dalam 7 lebih kot dan tiba di KL Sentral dalam 7.30 pagi. Makan dulu di Richiamo Coffee. Ada orang hantar makanan juga kat sini. Saya makan sandwich sardin je. Dania ambik mi dan hubby makan roti bakar. Nak ke ETS cuma naik escalator atas Richiamo ni ajer.
Kami nak mencuba menaiki ETS sebenarnya. Baru pertama kali sebenarnya. Plan asal nak ke Ipoh je tapi sekejap je tiket dah penuh masa kami decide nak naik ETS. Saya google la cari ETS ke mana masih kosong dan tempatnya ok la.
Ni ruang menunggu ETS. Kami naik coach biasa jadi takdelah ruang menunggu VIP kat depan atas tu. Kami dipanggil masuk 15 minit sebelum. Pintu ditutup 5 minit sebelum train dijadualkan berlepas.
Dah masuk dalam train. Pilih seat berderet satu barisan. Senang. Kalau nak tahu sebelah kita lelaki ke perempuan memang ada dalam seat selection tu. Patut perempuan duduk sebelah hubby tapi lelaki Maybe mak dia yang patut duduk situ tapi nampak maknya duduk tempat lain...so hubby la duduk situ. Kalau perempuan, saya la duduk situ.
Kalau nak charge ada je point kat situ. Ni saya charge kipas saya.
Boleh gantung juga dan tidak boleh melebihi 5kg.
Ada singgah kantin juga dalam ETS tapi tak ada tempat duduk rupanya. Katanya kalau ke utara ada.
ETS kami jam 9.05 pagi dan tiba jam 1.20 petang di JB Sentral. Jalan kaki je ke Amari dari JB Sentral. Ikut laluan pejalan kaki yang bersambung ke shopping mall. Jadinya sangat mudah la.....tak silap 400 meter je ke Hotel.
Ni dah tiba hotel awal. Check in jam 3 petang.
Hubby tengah deal di reception counter.
Ni laluan ke washroom.
Washroom yang wangi dan bersih.
Letak beg kat lobi dan terus ke seberang jalan. Makan di lepak corner.
Makan dulu ni sebelum pesanan tiba.
Nasi goreng telur masin.
Nasi goreng pataya udang.
Dania punya pasta.
Nak kena cross jalan je untuk makan kat sini. Memang dekat sangat dengan hotel pun.
Lepas ni review bilik pulak....
XOXO,
Ezna

















Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.