Masa kat Masjid UPM, Dania cakap cafe baru kat FRSB (Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina) UPM dah buka. Jadi jom la kita ke sini. Dekat sangat pun dengan Masjid UPM.
Pada 20 Jun 2026, tu soft launching katanya. Masa tu jam 5 petang dan cafe ni tutup jam 7 malam.

Setingkat je cafe ni.
Dalam cafe Kopi dan Ulam by Debunga. Nama dia pun unik.
Ada lukisan FRSB (Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina).
Ada kolam kecil juga kat sini. Kalau hujan, boleh la nampak hujan turun masuk dalam kolam ni.
Boleh duduk healing mengadap kolam ya. Kawasan tempat duduk ni berbumbung.
Sementara makanan tak tiba lagi, kita tengok bunga yang ditanam di sini. Ini bunga kenanga.
Ini Harum Sundal Malam.
Bunga ni pun ada.
Ada beberapa bunga display kat depan sempena pembukaan Kopi dan Ulam by Debunga.
Sempat lagi ambik gambar kat luar ni.
Suasana kat dalam cafe nampak tenang dan deko pun minimalis tapi menarik. Penuh pepohon hijau dan nampak segar.
Order dah tiba.
Nasi goreng ayam. Uniknya ada ulam pegaga pula.
Kopi hubby.
Nasi goreng daging ni pun ada ulam pegaga dan sate.
Dania dengan pasta carbonara.
Kami masa hari pertama soft launching. Dania siap whatsapp kawannya gambar kat sini dan kawannya kata pantas. Kawannya yang alert Dania pasal cafe ni baru buka yang hari mereka ke Aswara tu.
Ada juga Almond Crepe Cake.
Sebelum balik kita abadikan gambar kat sini. Bawah tu pasir....hmmm takut la ada tinja kucing pulak kat sini sebab kucing suka la kan....
Ada buluh juga sebagai deko di taman.
Kopi dan Ulam by Debunga
Dalam Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina, UPM.
UPM Serdang
Pelajar / Alumni UPM kena tunjuk kad pelajar ya untuk mendapatkan potongan harga.
Buka setiap hari jam 7.30 pagi - 7 malam.
XOXO,
Ezna




















menarik lah cafe ni, name unik, ambience pun nmpk cozy ajer! lawa lah gmbr2 bunga tu ezz...rindu plak dgn bunga kenanga sbb zmn2 dulu, kat rumah my mom kat kampung, memang aad pokok kenanga yg besar kat dpn rumah kami
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.