Bila Dania bagitahu saya yang kawan asasi dia dulu ada jual bayam. So ya....pergi la pick up kat Ladang 10, UPM depan Kolej Serumpun tu. Ni kali kedua beli dengan Corina. Sebelum ni beli jagung. Eh macam-macam la beli kat UPM ni. Kalau ada orang jual, saya tukang beli.
Lepas pick up dengan Corina 2 plastik bayam 500g/plastik, saya balik la. Beli lebih sebab boleh share dengan adik saya. On the way masa kat traffic light nak balik rumah....Kak Tie kawan saya kata dia belikan saya bayam. Anak saudaranya ada jual bayam. Memang la bayam ni sebab anak saudara kawan saya ni sekelas dengan Corina.
Saya dapat lagi 1kg bayam. Tudiaaaa.....banyaknya bayam. Since saya nak pergi hantar bayam kat adik, jadi saya tambahkan lagi sikit untuk adik saya. Saya campur la bayam ni. Bayam ni bentuk dia berlubang sebab tak guna racun perosak ya jadi serangga suka la.
Dah letak kat kerusi luar rumah adik. Kawasan ni takde gate jadi nak masuk jumpa guard ajer. Drop and go je saya ni. Banyak pulak parcel adik saya ni haaa....membayam la puas-puas ya. Hehe
Elok je tiba rumah, eh eh dapat whatsapp jiran saya ada letak barang kat tembok. Dapat keropok dan kain batik. Errr bab kain batik ni saya memang tak pakai jadi saya plan nak buat kain lipat batik la. Boleh pakai dengan baju kebaya. Cantik warnanya electric blue. Katanya beli kat Pasar Siti Khadijah, Kelantan masa ke sana menghadiri pertunangan anak saudara.
Terima kasih la ingat kat saya. Hmmm....bayam banyak lagi kan....saya offer pulak nak bayam ke sebab baru petik hari yang sama. Kalau tak share, ahli keluarga saya 3 orang ajer.
Nak dijadikan cerita jiran saya tak jumpa sayur yang dia nak masa gi kat kedai acheh. Bila saya offer bayam memang rezeki la kan. Bayam yang saya beli 2 plastik tu....seplastik adik dan seplastik jiran saya punya rezeki. Dah diberinya saya keropok dan kain batik kan?. Campur juga dengan bayam yang kawan saya bagi tu. Penuh la plastik ni.
Ok bayam dah letak atas tembok. Penuh plastik tu....
Meanwhile...kawan saya yang bagi saya bayam tu share gambar bayam dah jadi bayam crispy dah.
Resipi bayam crispy ala kawan saya :
Tepung Bestari, Tepung Beras dan Tepung Jagung
Nisbah 1 : 1 : 1
Jom membayam hari ni. 😅. Inilah kisah bayam saya.....
XOXO,
Ezna







cute jer tajuk ni hahah ala2 membawang tp yg ni membayam!!!
BalasPadamHehe...tak tau nak bagi tajuk apa you....kalau bayam macam boring pulak.
PadamRezeki berkongsi bayam dgn kenalan. Bayam goreng crispy tu memang sedap! Goreng banyak2 and buat stok dlm bekas
BalasPadamNak kena buat gak bayam crispy ni.
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.