Aktiviti di bumi Johor

Lepas makan kat seberang jalan hotel tu kami pun balik ke hotel dan menuju ke lobi. Nak pick up bag kalau bilik dah tersedia. Bilik pun kebetulan dah sedia. Kami pun ambil beg dan naik lif ke tingkat 17. Tingginya bilik kami ni. 

Bilik yang dipilih Superior King. 


Tambah 1 single bed tanpa caj tambahan. Single bed ni diletak kat tempat kerusi kat atas tu. 


Ni ruang letak beg sebelah washroom. 


Dalam washroom



Kat koridor. Bilik kat sini kedap bunyi jadi agak senyap dan tenang la bagi saya. 


Lepas tu selesai bersihkan diri dan solat, order Grab untuk ke Johor Premium Outlet. Hubby plan nak beli kasut. 

Naik Grab saya duduk paling depan. Adehhhh pemandu Grab perempuan ni bawak laju. Kereta brek kat depan pun boleh tekan lagi gais.....Saya dah mula bunyi uh uh.....sambil pegang dashboard tak pun saya brek dengan kaki saya 😆. Lepas tu siap tanya hubby kat belakang....lama lagi ke tiba JPO nya?. Tiba JPO saya cakap dengan hubby lelaki ke perempuan ke bawak Grab...hubby kena duduk depan.  Saya ni ada masalah sikit la kalau bawa laju-laju ni.  

Tiba je JPO mengukur kedai dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Ni masuk Victoria Secret kot. 


Dania tunjuk kat ummi T Shirt Stranger Things dalam Cotton On. Dania memang ikuti cerita bersiri ni dan ummi beli la sehelai baju Stranger Things ni warna dusty purple. Kalau kat Cotton On JPO ni memang ada harga promosi la. 


Masuk Vans pulak. 


Ok...ummi dapat sepasang kasut Vans warna maroon. Hehe.....ni Dania pegang beg bulu kambing biri-biri kat Longchamp. Dania kata best peluk. 


Ni pula wallet perempuan berbunga kat Kate Spade. 


Lepas dah masuk beberapa kedai, kita take 5 la kat CBTL. Ada kolaborasi dengan Brik la. Cawan ni pun comel. 


Saya tak suka coffee jadi ambik jus je. 


Dania minum chocolate chip. 


Makanan dan minuman yang kami order. 


Sedap la Apple Crumble ni. Kami share bertiga. 


Dania beli phone case kat Typo. 


    Kat sini pun ada beli pewangi kereta dan bilik. 


Masuk Calvin Klein sebab nak ambik gambar Jung Kook. 


Amboi kemain bergambar dengan JK ya....


Dah selesai semuanya....uishhh sampai rasa tegang je kaki ni haaa kemain berjalan kat sini. Tibalah masanya order Grab nak balik pula. 


Ambik gambar Teddy Bear yang besar ini. 


Bye JPO.....


Tadi masa nak pergi JPO dengan pemandu Grab perempuan yang bawa laju....bila nak balik hotel dengan pemandu Grab yang mengantuk pulak. Nasib baik la selamat kami tiba hotel. Grab dari Amari - JPO = RM35. Grab dari JPO - Amari = RM40. 

Balik dulu la bersihkan diri dan solat sebelum keluar balik nak makan pula....




XOXO,
Ezna






 

4 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Baru sekali ke JPO lebih 10 tahun dulu mesti banyak berubah

    BalasPadam
  2. Dulu pernah pakai kasut vans. Tahan lama kasut tu.

    BalasPadam
  3. i pernah sekali jer gi JPO tu..long time ago...wahh u mkn apple crumble kat CBTL---sama mcm yg i mkn last week :) pun share ber3 jugak!!

    BalasPadam
  4. Dulu sebelum Indonesia ada semacam JPO ini, Raka suka ke Jepang utk cari branded things yg dia suka. Yg Malaysia punya dia belum pernah DTG. Tp sejak buka juga di Indonesia, akhirnya JD lebih suka beli di sini . Tp dia saja. Krn saya memang LBH suka local brand 😅

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.