Warung Harumanis Hutan Temin

Sebelum ke Perlis ni hubby ada tengok youtube 'Warung Hunter' yang makan kat sini.
Warung Harumanis Hutan Temin. 


Terletak betul-betul kat dalam kebun Harumanis. 


Buah Harumanis. 


Ciri-ciri mangga Harumanis. 


Cuaca agak panas pagi ni. 


Biru langitnya....


Makanan yang kami order ialah 3 pulut mangga Harumanis, 1 jus Harumanis dan 2 cendol Harumanis. 


Ni saya punya. Pulut ni saya makan sikit je...selebihnya anakanda yang makan sebab Dania memang suka makan pulut mangga. Jus dia pekat betul. Rasanya tak ada gula langsung ni. Pure Harumanis. Sedap...


Close up bekas minumnya. Ada sticker Harumanis Hutan Temin. 


Kami ada beli Harumanis kat sini. 


Buah-buah diletakkan di dalam kotak. Ni nak ambik gambar sahaja bukan nak check apa pun. 


Harumanis yang saya beli untuk adik-beradik saya. Ada dua kotak dan setiap satunya berat 2 kg. Harganya RM80 per kotak. 


Elok ke buahnya??? Dinasihatkan untuk check dengan teliti buah di dalam kotak ni ya. Kami beli ni atas dasar percaya. Dengan harapan tak kena SCAM dengan jualan Harumanis dalam Warung Harumanis Hutan Temin tapi kami kena SCAM ya. Ada buah yang dah berlubang dan dah hitam lembik pun dimasukkan dalam kotak ni. Harganya tak murah 1 kotak yang 2 kg ni ya....RM80/2 kg. Kita pun beli tak check dalam dah. Nak untung cepat macam ni la tapi rezeki tak berkat. Apa la yang seronoknya dapat SCAM orang macam ni ya?. Ada seorang adik 1 buah Harumanis dah lebam dan bila kupas isi tak elok. Tarikh tertera kat kotak 6 Mei 2026. Ada seorang adik pula 3 buah tak elok. 1 buah berlubang dan 2 buah lebam dan lembik isinya. Tarikh kat kotak 4 Mei 2026.  Saya pula 1 buah lebam dan 5 lagi ok lah. Buah lebam tu ada sedikit je bahagian yang boleh makan. Selebihnya kena buang.

Katanya penjual letak je kat Jualan Harumanis ni. Patutnya mungkin Warung Harumanis Hutan Temin kena saring dulu buah-buah Harumanis di dalam kotak supaya hanya buah berkualti je dijual di sini. Ni termasuk juga buah berlubang dan lebam. Bukan Pak Kassim je naya tapi kami semua pembeli kat sini. 😠

PERINGATAN : Kalau nak beli buah Harumanis di Jualan Harumanis dalam Warung Harumanis Hutan Temin...kena check SEMUA buah yang dibeli di dalam kotak kalau tak nak kena SCAM macam kami. Idak memang Haru je beli Harumanis yang tak elok. 




XOXO,
Ezna



 

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Makanan dan minuman berasaskan harum manis.
    Apapun sebelum beli atau lepas bayar semak resit atau barang.

    BalasPadam
  2. bila tengok tmpt dan menu rs mcm nak pergi je. tp bla baca part kena scam tu... hmm alahaiiii kenapa laa org kite ni... harumanis tu dah mahal masih nk scam lg... nak hidup berkat tp buat perangai mcm ni haihhh

    BalasPadam
  3. p/s menjawab soalan: wok kang @ kg baru tu owner nya Muslim

    BalasPadam
  4. Aiiiih, padahal makanan yg dijual dah sedap ya kak. Sayang pula buah2an nya tak sedap. Mahal pun. Memang tak puas hati kalau begitu. Apalagi kita dah percaya mereka menjual mangga yg berkualitas baik

    BalasPadam
  5. sedapnya tgk air mangga ngan pulut mangga tu

    BalasPadam
  6. tak patutu betul macam tu... kiranya buah tu daripada orang lain la ye?? memang kena chek semula la.. risau sebab orang lain, warung tu punya nama yang busuk

    BalasPadam
  7. sedapnya jus harumanis tu, pulut mangga pun sedap!
    saya ingatkan buah tu akan dipek on the bila customer nak, so that cust boleh tengokla kualiti buah. dahla mahal, dapat buah yg tak elok pulak..

    BalasPadam
  8. Alahai tempat dah ok menarik tapi tak jujur pulak meniaga tu. Orang bayar mahal untuk dapatkan kualiti yang terbaik.

    BalasPadam
  9. geram plak bila dpt buah tak elok sbb mahal la harga harumanis niii

    BalasPadam
  10. kiranya nak kena check sendiri buah tu dlm kotak, satu2 lah check yer...emmm hassle jugak tp kena check laaa in case nak beli kat sini..

    BalasPadam
  11. Ya Allah..sampai hati ye jual buah yang tak elok...
    Memang frust kan sebab kita ingatkan peniaga jujur, sekali hmmm...

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini, Ezna. Sayang sekali tempat dah cantik dan makanan pun nampak sedap, tapi peniaga pula tak jujur. RM80 untuk 2kg bukan murah, sepatutnya kualiti kena dijaga. Harap lepas ni ramai yang lebih berhati-hati bila beli buah dalam kotak macam ni..bukan murah kan..dan kita pun bukan orang yang sentiasa berduit..dah la belikan untuk adik2 sekali...

    BalasPadam
  13. Mesti ada hikmah disebalik kejadian itu. Alhamdulillah dapat makan harumanis kat open Raya rumah Kak Retna itu hari.

    BalasPadam
  14. Kadang malas nak berleceh-leceh check satu-satu.. itu yang ambil je, sekali ada buah yang tak elok. Pernah baca penjual akan ganti buah yang tak elok, tapi yang Ezna beli kemain jauh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.